Sunday 30 July 2017

BBI: Kapitallis Dakwah

Bismillah.

Petang tadi sempat bertemu bekas "budak-budak izuan". Aku rasa ini gelaran baru buat ahli-ahli anc yang rapat dengan aku. Ingatkan sesi ni bertambah tenanglah perjalanannya. Sekali memang lumrah manusia yang duk pilih jalan sebegini, ada sahaja yang perlu disabarkan dalam hatinya. Aku yang sudah semakin lali, membiarkan sahaja ianya berlalu seperti angin. Adapun yang baru bersuai kenal dengan jalan ini, sudah gelisah seperti abang dan kakak mereka sebelum ini.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku, biasanya menjadikan Hamba lebih kuat dan yakin untuk meneruskan perjalanan bertemu Tuhannya. Namun bukan semua latihan-latihan itu berhasil. Ada kalanya ia juga bisa mengecewakan.

Rehlah yang terkubur tanpa penangguh, tamrin yang disambut acuh tak acuh oleh penganjurnya, ajakan yang sering dibalas sepi, pertanyaan serta perbincangan yang disertai minoriti, penyakit itu sudah mula berjangkit pada diri mereka. Ada yang melihatnya bukan penyakit. Ada yang merayu untuk tidak dipanggil dengan gelaran pesakit. Silakan.

KAPITALIS DAKWAH

Aku menulis Kapitalis Dakwah pada tahun 2014, sebelum beroleh kerja di sini, dan sebelum aku mengenali ANC. Ia terhasil apabila aku melihat barisan fasilitator yang hadir untuk program2 "agama" anjuran MUSCOM terdiri daripada muka-muka yang sama saja setiap tahun. Pelik akan orang-orang bijak pandai yang ditarbiyah itu, alasan cerdik sentiasa berzikir pada bibir. Barangkali mereka beranggapan muka sama yang memberi komitmen itu tidak punya pekerjaan seperti mereka, tidak punya hobi seperti mereka, tidak punya anak seperti mereka, tidak punya ibu ayah yang menjadi penghalang mereka.

Dan penyakit-penyakit menyakitkan hati seperti itu sudah mula berjangkit pada bekas "budak-budak izuan" yang pernah ditarbiyah itu. Oleh kerana aku yakin kalian membaca, aku sertakan kembali nasihat ini sebagai wasiat. Mudah-mudahan kalian sedar, yang kalian sedang berpenyakit!!

Bilamana dakwah disulam untuk menaikkan dirimu
Terpanalah kamu dengan pujian manusia
Hingga kamu melakukan yang terbaik 

Namun bilamana kamu terpesona dengan harta dan dunia
Dakwahmu tercabut seperti kemuncup
Kerna penduduk langit tidak mendoakanmu
Yang hanya berfikir untuk diri sendiri

Sedarlah anakku
Bilamana kamu tidak rasa cukup dengan yang sedikit
Maka kamu tidak akan puas dengan harta yang banyak
Yang dicari rohmu ialah keberkatan
Bukan pada kuantiti, tidak juga pada kualiti
Kerana ketenangan lahir dari pemberian Tuhanmu
Bila kamu dekat denganNya
Dan jauh dari bertuhankan hambaNya.

Wahai anakku
Carilah ilmu
Namun jangan kamu pandang rendah insan lain.
Yang kuharap bukan amalan hebatmu
Tetapi istiqamahnya amalan harianmu
Biar manusia di bumi tidak mengenalmu.
Kerna penduduk langit pasti mencintaimu

Nukilan ini dikala dirimu runsing
Walhal kamu sedang memikirkan dirimu sendiri
Kapitalis hadir bila kamu mengabaikan orang lain
Atau kamu lupa Tuhan yang sedang melihatmu
Bertenanglah wahai anakku
Bilamana kamu membantu agamanya.
Maka Allah pasti membantumu


Untuk yang nak tengok versi asal dan penuh boleh baca di sini

Kapitalis dakwah



Beberapa hari lepas si syafiq PDT tiba-tiba mengadu, 

"cikgu, haritu kami satu kelas masuk lambat dalam kuliah miss rara. Tetibe miss rara kata:

"Namanya je ANC, tapi asyik datang lambat je..."

"miss rara memang anti ANC ke cikgu?"

"alahai kamu ni, xde apala miss rara tu. dah memang orang suka attack badan-badan dakwah ni. Tulah sebab hati kena kental. Baru sikit tu..."

Kuman yang menjadi Gajah di depan mata. Sungguh menarik manusia dan isinya yang mengaku berakidah pada Tuhan.



Orang comel-comel pun korang nak takut. Rileks udah

Sekian dari Syuib0809..

4 comments:

  1. Miss rara kiut ☺️31 July 2017 at 16:26

    Haishh kena bagitau syafiq tu. Bukan anti anc. Dah tua2 gini nak buat apa gaduh pasal jemaah lagi. Meraikan dan menyokong apa yg ada di kolej lebih baik dari tiada apa2. Haihh suka nau buat assumption. Huuuu Cuma nak bagi anak murid sedar betapa berat sebenarnya pikul tanggungjawab dakwah tu. Bukan sekadar suka suki mengisi masa kosong di kolej. Kalau dah ramai cikgu komplen kaitkan anc ni, cheq pun tak senang jugak dengaq. Nasihat lembut tak nak dengar, cheq bagi lah ayat pedas. Hoho okbai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai miss rara kiut ><

      Delete
    2. Ada lagi kamu rupanya nawal. Ingat dah unfollow

      Delete
    3. adaaaa la cikgu. cuma busy skek. mahasiawa katenya kahkahkahkah. baca jaa. sonok gak dpt update ape jadi kat matrik tu. hoho

      Delete