Wednesday 28 June 2017

Selamat Hari Raya

Bismillah.

"cikgu, kurta cikgu tu saiz apa?"

"XXXL. await?"

Selang beberapa hari, anak-anak dara itu hadir dengan bungkusan di tangan

"cikgu ni cikgu.. Tapi kami ambik saiz XXL, sebab XXL dia besar. Kesian asyik tengok cikgu pakai baju sama je.."

Hahaha. Kuang ajaq.

Aku sejujurnya bukan peminat baju. Apa yang masih boleh dipakai, semuanya akan aku pakai lagi walaupun sudah lusuh. Kebanyakan kurta aku, adalah daripada zaman aku belajar di UK dan ketika berada di maktab dulu. Ada orang melihat aku sebagai kedekut. Ada orang melihat aku sebagai pemboros. Aku kedekut untuk boros pada perkara yang lain. Cuma hadiah dari anak-anak dara ini, ia hadiah hari raya yang sangat menggembirakan hati. Sebab aku tiada setitik pun waktu punya fikiran akan persiapan raya, sepenuhnya untuk Ramadhan yang masih punyai lompong untuk dipenuhkan.

RAYA berseorangan.

Buat pertama kalinya, aku beraya seorang diri di penang. Quarters staf yang sangat kosong, hanya aku membuat bising dengan bunyi motor di pagi raya. Pagi tu, lepas solat sunat hari raya, aku terus bergegas pulang ke Teluk Intan dengan perut kosong. Nak masak memang idaklah.

Sampai di Kuala kangsar, aku singgah sebentar di restaurant Pizza Hut. Kosong gila kedai dengan cashier pun entah kemana. Selepas beberapa minit, baru la nampak sorang pekerja turun dengan berbaju melayu. Dan buat pertama kalinya, aku makan pizza hut sebagai menu utama di hari raya pertama. Hahaha. Kat Uk dulu pun, takdelah hina macam ni. Adalah gak nasi impit dengan lontong bagai. Sampai rumah, sorang pun takde sebab semua balik Melaka. Aku masuk rumah, rehat and then mencari-cari makanan kat pekan. Nasib baik ada kedai tomyam bukak.

Raya kedua, family aku dah balik. Dan saudara mara belah abah bertandang ke rumah. Rasalah balik suasana raya tu. Raya ketiga pi rumah pak cik aku. Raya keempat Bayern ajak pi beraya rumah Azian dengan Bijan. Dan rumah aku dipenuhi tetamu emak. Menjadi tukang basuh pinggan yang setia. Huhu.

Sebenarnya, fungsi post ni hanya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca-pembaca blog ni. Juga dah janji nak tunjuk gambar aku pakai baju yang anak-anak dara tu bagi. Lama sebenarnya aku tinggalkan dunia permodelan ni. Kihkihkih.


Lama tak buat perangai macam ni. Harap tiada mana2 hati yang tercuri. Ciaciacia

Sekian dari Syuib0809.

5 comments:

  1. Fuyoo sir hahaha. Selamat hari raya!! Minta maaf sepanjang menuntut ilmu andai terkasar bahasa 😚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeh. Dimaafkan. Tahniah result gempak hari tu

      Delete
  2. Hehe berkat ilmu semua lecturer. Terima kasih lagi sekali sir sbb sudi ajar tanpa jemu walaupun kena maki banyak kali

    ReplyDelete
  3. Awat hg raya teruk sangat weh. Kesian aku baca.

    ReplyDelete
  4. Dah, faiz mana plak ni? Suami lili ke?

    ReplyDelete