"ala sama je, oren ke, hijau ke, merah ke, semua sama. Duk buat untuk kepentingan diri sendiri je.."
"niat je pun dah tak betul. Nak tunjuk sape lagi ramai. Tengok peperangan Hunain, Allah tegur yang duk bangga dengan jumlah yang ramai.."
"kena ingat, buatla apepun, tapi janganla duk bersetongkol dengan orang zalim. Perhimpunan ni macam duk tutup kesalahan si n**** tu. waktu TGNA ada, takdenya nak dengan parti keris tu.."
"bagi saya banyak lagi akhlak-akhlak masyarakat yang nak kita sampaikan dan baiki... Perhimpunan ni semua agenda politik je... Ingat Allah hanya akan terima amalan yang ikhlas je.."
Sehari sebelum perhimpunan Ungu, unit matematik buat jamuan tengah hari di padang golf. Aku duduk bersama empat lagi pensyarah lelaki buat kali pertamanya. Oleh kerana, aku di"percayai" akan ke perhimpunan tersebut, maka topik ini menjadi perbualan utama sepanjang majlis makan-makan itu berlansung.
Dalam lima orang itu, dua pensyarah yang baru pindah lebih banyak senyap sahaja. Seorang dari kelantan pula selalu menyebelahi aku. Manakala seorang lagi yang banyak menyampaikan ayat-ayat di atas. Seorang penceramah yang terkenal di pulau pinang. Hebat kuasa media massa. Hingga orang-orang sebegini juga mampu terpengaruh dengan agendanya. Cuma di penghujung, baru dia mengakui yang dia selalu bersama dengan orang-orang JIM. hehe..
Bersama Gelombang Ungu.
Aku ke perhimpunan ungu seorang diri. Atas sebab-sebab yang pelbagai, aku terpaksa memulakan perjalanan dari LRT wangsa maju. Kebimbangan sesat di tengah kota raya terubat, tatkala melihat ramainya orang berbaju ungu sebaik saje pintu lrt itu terbuka. Berjalan kaki dari masjid jamek ke padang merbok buat pertama kali, tiada aplikasi peta yang diperlukan. Lautan manusia dengan arah dan tujuan yang sama, sudah cukup menjadi penunjuk untuk aku ke lokasi.
Lautan yang melebihi puluhan ribu manusia, sangat tipis untuk aku berjumpa rakan-rakan seperjuangan lain yang sudah lama tidak bersua muka. Rakan-rakan dari bumi inggeris yang dulunya selalu bersama-sama, aku harap berjumpa salah seorangnya. Cukup sekadar menjadi ubat. Namun sayang, satu pun tidak bertemu.
Namun rezeki dari Allah, aku bertemu dengan Ustaz Malikie. Orang yang berjasa besar membawa aku ke dalam kumpulan ini ketika di Kolej UEM. Ingat dulu-dulu, kami yang memegang badan dakwah MUSCOM, selalu berbincang sendiri tanpa bertanya kepada ustaz. Hinggalah senior menasihati, kerna ustaz adalah orang yang hebat. Dan benar, di sebalik dirinya yang kelihatan sepi, idea-ideanya melangkaui pemikiran kami semua. Sejak itu, aku selalu ajak kawan-kawan duk jumpa ustaz sebelum buat apa-apa keputusan, dan kami mesti beroleh benda baru bila jumpa ustaz. Yang kemudiannya mencetuskan banyak program-program motivasi kendalian aku dan lutpi.
Memegang portfolio yang hampir sama dengan Ustaz Malikie sekarang, baru aku sedar betapa payahnya ustaz melayan kerenah kami yang baru belasan tahun ketika itu. Yela, pelajar-pelajar terbaik Malaysiala katakan, kononnya semua boleh difikir sendiri.
Teringin juga nak jadi senyap macam ustaz. Tapi aku memang jenis yang kecoh. Hehe.
Ustaz Malikie yang tengah-tengah berkaca mata.
Generasi ke Generasi.
Sedang duduk-duduk di bawah pokok berhampiran pentas utama perhimpunan ungu, aku disapa oleh seorang anak muda. Beliau adalah presiden ANC sesi 14/15. Banyak kisahnya. Cuma hati terasa seronok benar, bila orang yang pernah dijaga itu masih setia bersama-sama. Tidak cukup dengan itu, berjumpa pula dengan rombongan USM ketika aku sudah bercadang untuk berangkat pulang. Bertambah seronok bertemu dengan bekas anak-anak pelajar, terutamanya si Husna. Jumpa gak dengan si haris, tapi sebab dah selalu jumpa dia, takdela rasa apa-apa sangat.
Pertemuan aku dan ustaz, aku dan mereka, membawa simbolik yang tersangat besar. Sepertimana ustaz pernah menjaga kami, dan kini aku menjaga mereka, ianya sangat pasti yang mereka-mereka juga akan menjaga generasi yang akan hadir selepas mereka. Ia mata rantai yang tidak akan putus. Sepertimana bukan kami yang memulakan, kami juga bukan yang akan menamatkannya. Dan ia keseronokan yang hadir kepada orang-orang yang menjaga generasi. Maka, Istiqomahlah. InshaAllah
Muhasabah.
Di sebalik semua kata-kata sinis yang diberikan oleh orang-orang awam, aku tidak sangka, masih ramai orang yang ikhlas turun dari pelbagai peringkat usia untuk menunjukkan kecintaan mereka kepada Jemaah/Agama. Saat banyaknya orang-orang bijak pandai memberi komen-komen yang berunsur negatif untuk tidak menyokong, masih ramai yang Merendah diri dengan kebijaksanaannya senyap-senyap meluang masa bersama perhimpunan ini. Dan saat diri terasa banyaknya rakan-rakan yang sudah tercicir menuju ke oren, rupa-rupanya terlampau banyak insan yang menggantikan mereka. Ketika sembang dengan Ustaz Malikie, aku seperti budak kecil menanyakan soalan.
"Ustaz tak sedih ke, tengok orang-orang yang dulu ustaz percaya, yang duk aktif, tiba-tiba keluar join oren? Sedih la tengok komen-komen diorang kat facebook..."
Nama-nama macam abang Azwan, Akmal Amri dan lili, tiba-tiba sahaja terkeluar dari mulut aku. Hakikatnya, diorang adalah orang-orang kesayangan aku juga. Dan jawapan ustaz yang tenang menambah tenang dalam hati.
Dalam perhimpunan ini, aku melihat betapa seronoknya mereka-mereka yang hadir bersama keluarga. Ada yang hadir dengan mak ayah. Ada yang hadir bersama isteri sahaja. Tidak kurang juga yang membawa anak-anak kecil bersama. Ia nikmah baitulmuslim yang tersusun. Nikmat sefikrah, berjuang dengan asas dan cara yang sama. Yang selalu aku impi-impikan 5 tahun yang lalu sebelum akhirnya aku berputus asa. Waktu sembang-sembang dengan Ustaz Malikie, sempat lagi ustaz mengacau:
"enta dah ada orang ke... Ana ada je kenal sorang ni..."
"takpelah ustaz, dah malaslah nak fikir... Hehe." jawapan ringkas anak murid kepada murabbinya yang sudahpun berumur 47 tahun. Tapi ustaz nampak muda sungguh.
Tapi dalam malas-malas fikir tu pun, sempat duk kacau si Husna gak..
"kalau datang(perhimpunan ungu), ajaklah ti***s sekali. 😉. " haha.
Lama tak dengar khabar Student si pemalu. Harap-harap sudi berintima' dengan Jemaah Islam. Takdelah saya datang sorang-sorang je ke program dah lepas ni. CiaCiaCia. Hehe. Lama tak mengayat orang..
"Bagaimana kita dapat mencintai Allah dan dicintainya, kalau hati kotor dengan perangai menolak kebajikan yang direntangkan Tuhan itu? Bagaimana kita mampu cinta kepada Allah, padahal kita tidak cinta keadilan?" Buya Hamka(Lembaga Hidup)
Ayuh teman-teman, jika tidak setuju pun dengan perkara-perkara kebaikan, berhentilah berbicara negatif di hadapan mereka yang ikhlas memperjuangkannya.
Sekian dari Syuib0809.
P/s: sebenarnya nak tutup dah blog ni. So lama tidak update tu perkara biasa dah lepas ni. Boleh start unfollow dah.
jangan tutup bloggggg laaa cikguuuu
ReplyDelete