Thursday, 17 March 2016

Bahasa Kuih.

Bismillah..

Hujung minggu lepas, badan dakwah kolej buat dikir zikir 2 dengan tema "The Last Stand". Itu projek terakhir yang aku berikan kepada mereka. Oleh kerana majoriti AJK, pekerja dan "penyembah" ialah pelajar-pelajar lelaki, maka pelajar perempuan agak kebosanan tanpa apa-apa tugas.

"apa kata muslimat buat kuih?"

"bagi orang yang datang makan."


Hasil tangan si bujang(nabil dan azrul) dan dara(azreen)

"kamu nak buat apa dengan ubi keledek ni?"

"kuih cek mek dengan cucur badak cikgu..."

"cucuq badak? Kamu reti ke buat inti dia?"

"mana ada inti cikgu, dia sire dengan gula..."

Aku secara jujurnya tak faham badak apa yang si Amani ni maksudkan. Petang tu anak-anak gadis islamik bergotong royong menyiapkan kuih buah melaka, cek mek molek dan kuih misteri "cucuq badak"

"Alang-alang kamu buat kuih cek mek molek ni, apa kata kamu buah kuih keria sekali"

"kuih keria tu macam mana cikgu..."

"dia macam donut, lepas tu goreng dengan guleee..."

Si Nasuha yang berasal dari penang, teruih buat tanpa bicara apa-apa. Aku rasa dia paham maksud kuih keria kot. Si amani tiba-tiba

"ni lah kuih cucuk badak cikgu..."

Sahabat-sahabat dia dari kelantan menambah-nambah hujah

"ore kelate panggil ni cucuk badak cikgu..."

"okeh2.. Lantak hangpa la.. Dah siap nanti jangan lupa bagi saya. Saya nak rasa hasil tangan si nasuha ni..." aku saje2 menyakat.

Malam itu, Dikir Zikir 2 berlansung dengan baik. Terujanya aku dengan projek kali ni ialah untuk melihat Set PA aku digunakan. Setelah kali pertama digunakan untuk program chit chat muslimat, ini kali kedua set PA system aku digunakan walaupun masih belum cukup lengkap. Kali ni aku menambah 2 speakers 15 inch beserta stand. Juga melantik kumpulan PA system yang diketuai oleh lokman serta dibantu oleh si Aiman dan Rofi.


Berbaju ungu, si Rofi yang sedang menggulung wayar speaker sepanjang 17meter. Tu skrin projector yang di sponsor oleh parents aku. Hehe

Ketua projek merangkap ustaz malam tersebut. Si Aizat. "Haram!! haram!!" semua diharamkannya. Tu speaker dynamax 15" yang berjaya dirembat waktu kat teluk intan.

Malam tersebut, tujuan utamanya untuk menerangkan ciri-ciri hiburan yang dibenarkan dalam Islam. Itu pada pandangan mereka. Bagi aku pula, projek ini lebih kepada tempat untuk mengajar mereka. Merancang, menyusun, memimpin, merealisasikan idea yang idealistik, keberanian mengambil risiko serta pelbagai lagi kemahiran organisasi yang tidak mungkin mereka dapat dengan sekadar duduk berusrah.

Oleh itu, walaupun projek ini banyak kekurangan dan isu, aku masih berasa lega kerana matlamat aku disebalik program ini sudahpun tercapai. Cuma kesian tengok diorang, sebab runsing dengan plan yang lari, serta idealistik yang tidak tercapai di medan sebenar.


Projek kali ini, aku melibatkan jejak-jejaka brotherhood untuk turut serta. Secara jujurnya, kelab itu punya muslimin yang sangat mantap, namun bakat mereka dalam organisasi seperti dibiarkan tumpul.kebanyakan  program yang di buat terlampau berpusat kepada pensyarah sebagai decision maker. Malah semua urusan hampir 90% diserahkan kepada pensyarah dan mereka sekadar menjadi peserta. Akibatnya, idealistik mereka dalam dakwah dan siyasah agak sukar untuk diubati.

Kerisauan terhadap mereka, aku mencadangkan beberapa projek berbentuk Humanity, flashmob dan seangkatan dengannya kepada beberapa ahlinya yang rapat/seusrah dengan aku. Namun, oleh kerana aku tiada hak untuk "pegang" mereka, idea-idea itu tersadai menjadi idealistik semata-mata. 

Cuma kali ini, aku berjaya menyelitkan mereka dalam projek ini. Dan seronok melihat mereka menimba pengalaman, walaupun disebalik semua kekurangan yang berlaku..



Presiden ANC, amir Aisar, Presiden Brotherhood dan Pengerusi Sahabat Yadim. Secara jujurnya, rugi Aisar ni di Ukhwahkan. Dia punya bakat yg sangat besar dalam dakwah.

kuih buah melaka yang sudah selesai diproses akhirnya sampai ke tangan muslimin. Tatkala mereka sedap mengunyah, aku mengumpul pandangan..

"hah, ada apa-apa komen tak..."

"tak berapa manis lah cikgu..."

Ketiadaan pensyarah perempuan memandu, menyebabkan kuih itu kurang sempurna. Aku yang keluar masuk kolej bagi memenuhi permintaan mereka tersedar yang gula melaka itu mereka hancurkan hingga menjadi halus. Akibatnya, manis gula "serbuk" itu tidak lagi terasa.

Komen sebegitu, si anak dara barangkali terasa. Namun si Aisar Nafis cepat memujuk

"xpe cikgu, saya tau mana manis dia hilang..."

"mana?" aku melayan walau sudah tahu jawapannya...

"mana lagi, kalau tidak pada yang membuatnya... Ceewah"

 Wajah-wajah yang menjadi tulang belakang program. Si Aisar lagi satu ialah yang berbaju kuning. Merangkap PIC kedua untuk projek ini. 

Aku kira projek terakhir ini sudah cukup membina sebuah lagi memori untuk tahun kedua.
Tahun yang mendatang, terlalu banyak projek yang sedang aku fikirkan. Yang sedang ligat dalam fikiran aku, mahu menjadikan badan dakwah ini perintis kepada sukan. Biar syumul orang yang melihatnya. Maka skuad AlQassam ANC yang sedang aku mimpi itu, harap punya aset dalam merintis sukan memanah  kelak.





Sekian dari syuib0809

No comments:

Post a Comment