"Salam. Aku, bijan dan arman solat jumaat kat masjid kolej ko. ada sini ke?" mesej Bayern yang masuk hanya sempat aku baca sebaik sahaja selesai solat Jumaat.
Rakan-rakan semesti aku ni buat perangai lagi. Datang dengan mengejut. Aku yang masih perlu ke pejabat petang nanti tak tau lansung diorang ni nak datang. Ditambah lagi tak bersedia nak masak apa-apa sebab minggu ni memang biasanya dapur aku tak berasap.Lebih banyak makan luar. Berjimat sebab dah boros sangat time raya. Haha. Dalam "marah-marah" tu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa seronoknya hati aku, yang memang selalu berharap rakan-rakan sekolah sudi datang ke rumah aku ni. Dan inilah kali pertama selain bijan.
Okeh, kawan-kawan aku memang nampak muda.
Diorang ajak ikut bermalam di Regency Hotel. Aku yang sudah merancang untuk buat pre-UPS malam tersebut, terpaksa menolak. Ditambah pula ada pelajar yang mintak buat kelas keesokan harinya, aku sememangnya keberatan. Lagipun dah berberapa kali aku pergi sana.Tapi aku memang lemah dengan si Bayern ni. Kami kenal lama. Bermula di Tadika, bersambung ke sekolah rendah agama rakyat, tuisyen sama-sama, kemudian duduk kelas yang sama dari form 1 sampai form 5. Dan ayat dia kalau "pujuk" orang memang siot. Bekas "playboy" lah katakan.
Aku batalkan semua kelas. Sebaik sahaja habis meeting felo petang tu, teruih cabut dengan kelam-kabutnya.
Petang di Gurun yang basah menyebabkan puncak Gunung Jerai menjadi sangat sejuk. Kami sampai lewat petang. Oleh kerana semua lapar dan risau nak balik tengah-tengah malam, kami teruih keluar mencari makanan sebelum maghrib. Meredah kabus tebal yang secara jujurnya merisaukan. Perjalanan mencari kedai makan tidak lama, kami ter"goda" dengan hiasan sebuah kedai yang nampak gempak. Niat asalnya nak makan "besar", tetapi kedai ni hampir 70% menu dia tak hidup. So, kami tempah je apa yang ada. Order sebelum maghrib, tapi 8.15 malam makanan masih tak sampai. Sedangkan ada tiga meja saja yang berpelanggan. Aku masih boleh menahan sabar. Ape ntah susah beno nak buat nasi pataya dengan mee goreng. Tapi hati makin panas bila dia kata menu yang aku dan zizan tempah tak masuk dalam list tempahan. So, terus aku cancel je aku punya. Maaf Restoran Pohon's Kitchen, terpaksa berkata benar untuk anda. Rasanya banyak saja review yang baik untuk restoran ni di alam maya. Terpulang....
Perjalanan "mendaki" bukit malam tu agak menyeramkan. Sepanjang 11 km tu, sekali je kami jumpa kereta. Malamnya, sesi luahan perasaan di anjung dengan pandangan malam yang sungguh-sungguh-sungguh cantik. Sumpah!
Berkongsi kisah cinta masing-masing. haha. Sir zizan dan sir izuan je yang berkain pelekat. hehe. Minum milo panas dan burger. Marah doktor reman tengok pemakanan kami.
Dua jejaka baby face.
12,30 malam kami masuk semula ke dalam bilik. Bilik tu sebenarnya kecil je, untuk dua orang. So, selaku tetamu tambahan, aku hanya tidur di kerusi. Lena gak sebenarnya. Keesokan harinya, kami ambil angin pagi selepas subuh. Pagi tu, aku tidak berniat untuk ikut diorang breakfast. Buffet pagi tu hanya untuk dua orang. Aku selaku orang yang jarang makan pagi, rasa macam tak berbaloi nak habiskan rm25 untuk seorang. Tapi bayern punya pujuk memang aku kalah sekali lagi. Ditakdirkan Allah, akulah yang makan paling banyak sekali. Hahaha.
Itu dia!!! Sapa suruh ajak makan.
Sebenarnya si Ferd yang suruh datang rumah si Dania ni. Yang peliknya, kami sembang sesama kami(aku, ferd, azri, zizan) je, si Bayern dengan Reman selaku "orang luar" pulak yang kena "layan" mak ayah si Dania. Sabar ye reman. Kami dihidangkan dengan mee seafood dan aiskrim cocktail. Memang pecah perut.
Ziarah terkejut yang sungguh mengejutkan. Paling aku terkejut mendengar perkhabaran seorang junior semesti yang dulunya bertudung litup, selalu tunduk, agak alim, tiba-tiba tanpa segan silu berbikini dengan lelaki kulit hitam. Teringat kisah Bal'am bin baurah dan Abdullah ibn abi Sahr(penulis wahyu) yang aku bawakan dalam usrah hujung minggu lepas. Mudahnya Allah nak tarik.
"Dan kalau Allah menghendaki, niscaya Dia menjadikanmu satu umat (saja dan memaksamu untuk beriman). Tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan." An Nahl: ayat 93
Kegembiraan yang mengubat kesunyian. Kami berpisah hampir jam 6 petang. Harap-harap dapat datang lagi ye.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment