Muslim Leadership Camp 2015 sudah melabuhkan tirainya petang tadi. Berkesempatan menghadirinya, maka ia perlu dicatatkan sebagai diari dalam blog ini. Perjalanan yang sangat jauh dari penang, aku sampai ke Nur Lembah Bestari, Ulu Yam petang jumaat melalui jalan lama dari tanjung Malim ke arah Gombak. Menyedari aku tidak pernah sampai ke tempat program lebih lambat dari peserta, maka aku berpendapat itu satu momentum yang patut dikekalkan sebagai MC merangkap kem komanden. Disiplin masa, yang kerap mengganggu perjalanan sesuatu program.
Secara keseluruhan, MLC kali ini sangat seronok dan menghiburkan. Buat pertama kalinya aku bekerjasama dengan SaifulAzmi selaku pengarah modul. Dan tak sangka gandingan kami sangat sempoi. Memang takde lansung stress2, dan modul berjalan dengan sangat-sangat lancar. Kelainan modul kali ini ialah aktiviti-aktiviti LDK dan TeamBuilding banyak tertumpu kepada MC/pengarah modul, tanpa melibatkan fasilitator secara terus. Modul sebegini berjaya mengatasi masalah kekurangan fasi, sekaligus mengurangkan meeting dengan fasi di tengah-tengah malam. Mantopp!
Melihat dari satu generasi ke satu generasi pelajar KY, maka aku melihat kualiti peserta kali ini sangat-sangat baik. Jika melihat Kolej-kolej mahupun IPTA di Malaysia, kebanyakan respon kerap diberikan oleh pelajar perempuan, manakala lelaki lebih suka mengmbil pendekatan macho dengan tidak bertanya soalan/berdiam diri. Namun MLC kali ni menyaksikan lebihan peserta lelaki berbanding wanita, dan lelaki-lelaki ini sangatlah aktif dan proaktif. Aku bergilir-gilir dengan SaifulAzmi malayan kerenah mereka. Dibantu Hannan dan Shuk serta beberapa org pelajar Senior KYUEM.
Muka-muka happy dah habis program
Sembang-sembang bersama ustaz Malikie, begitu banyak petua/nasihat yang aku terima. Ustaz yang melihat hampir 15 generasi MUSCOM, maka pengalamannya sangat-sangat mahal. Aku yang kini berjinak-jinak dengan jalan yang hampir sama melihat nasihat-nasihat ini memang sangat-sangat berguna untuk berhadapan dengan anak-anak pelajar yang sedang melalui proses kematangan. Membiarkan masalah-masalah dalaman badan dakwah diselesaikan ahlinya sendiri, lebik baik sebenarnya tanpa penglibatan guru penasihat/alumni/ pensyarah. Dan bila ustaz Malikie bagitahu pesanan Imam Alghazali ini, ia cukup melegakan hati:
Kata Imam Ghazali "Hendaklah kamu lari daripada orang yang baru menuntut ilmu Agama lebih laju daripada kamu lari dari terkaman seekor harimau"
Bersama Ustaz Malikie(baju biru) dan barisan fasilitator
Mahu sahaja "pencen" dari program2 ini dan beri ruang kepada junior yang akan datang memimpinnya. Namun aku ketakutan, kerana inilah peluang-peluang emas menjana pahala berterusan. Mata wang yang tidak pernah laku di dunia, namun sangat bernilai di alam Akhirat. Percayalah kepadanya walaupun orang-orang disekeliling mengejekmu.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment