Saturday 19 July 2014

Kisah cuti Nuzul Quran: Dakwah tanpa adab

Bismillah.

Tertarik dengan status Saufi md Desa.

"Ramai orang kata, nak berdakwah paling penting kena ada ilmu. Tapi peliknya, aku tak rasa begitu. Bagi aku, perkara paling utama yang perlu ada ketika berdakwah ialah adab.

Tanpa adab, dakwah hanya akan membuatkan orang lebih jauh daripada Islam.

Adab itu sendiri adalah dakwah yang paling halus. Adab membuatkan Islam menjadi tinggi.
Tanpa adab, dakwah mati."

 Geli aku tengok gambar hang pek.


Kisah-kisah di hari cuti Nuzul Qur'an:

Selasa lepas, aku kumpulkan beberapa orang anak murid untuk sesi membiasakan latihan subjek matematik. Dalam 9 orang tersebut, ada seorang anak murid yang bergiat dalam badan dakwah kolej. Dalam masa yang sama, ada juga muslim biasa yang mungkin tersisih dari badan dakwah sebegitu. Lebih menarik, ada seorang anak murid yang dalam tak sedar mem"benci" badan dakwah dan orang yang berimej Islam. Hmm, menarik... Pengalaman berharga untuk para pendakwah.

Selesai sesi latihan, aku adakan sedikit debat antara dua orang anak murid ini sebagai sebuah pengalaman bagi mereka sementara masih muda. Antara yang amat mengejutkan ialah pelajar yang anti badan dakwah ini hakikatnya pernah menjadi pelajar sekolah tahfiz. Hmmmm...

Dalam perdebatan tersebut, ada 3 kisah yang menarik perhatian aku.

Sewaktu pelajar tu berada di sekolah tahfiz, ustaz sekolah panggil beliau dan mengeluarkan kata-kata sebegini:
 "Pusat tahfiz ni sebuah tempat yang suci. Oleh itu, sebarang kekotoran yang ada mesti dibersihkan dari tempat ini bagi menjaga kesuciannya. Dengan itu, saya perlu keluarkan kamu dari sekolah tahfiz ini...."
Bayangkan anak gadis yang berumur baru belasan tahun(menengah rendah) dihidangkan dengan kata-kata sebegini. Seronok kan?

Kisah kedua ialah mengenai "label" dari pendakwah terhadap mereka yang tidak bertudung labuh.
Gadis yang sama menceritakan ketika dia dan rakan-rakan keluar berjalan-jalan, ada salah seorang dari rakan mereka bertudung labuh. Sewaktu nak solat, mereka perasan yang budak tudung labuh tadi tak solat bersama-sama. Untuk husnuzzon, aku mengajukan persoalan "mungkin dia uzur.." Gadis tadi membalas, "tak cikgu, dia tak uzur. Dia memang tak solat. Tapi kami yang pakai tudung biasa-biasanya ni yang selalu dilabelkan sebagai budak teruk..."

Ayat ketiga yang menyebabkan aku tersentap ialah
"Sepanjang saya bergaul dengan orang-orang yang ajak saya berusrah, gi surau, takde sorang pun yang betul-betul ikhlas nak kawan dengan saya...."

Lepas baca kembali status sopek, aku terpaksa meng"ia"kan pendapat dia. Sudah berapa ramai orang yang lari, malah memusuhi umat Islam kerana adab yang dicabut dari pakaian pendakwah. Pendakwah yang memaki, mengherdik, me"neraka"kan manusia sebelum Tuhan menghisab. Pendakwah yang berdakwah dengan mengharapkan hasil express, dan meninggalkan mad'u bila perubahannya tersangat lambat. Semuanya bukan kerana mereka kurang ilmu, tetapi kurangnya adab dan kesabaran. Akibatnya, umat Islam dibenci. Dan fitnah-fitnah tersebut sampai kepada ulama' dan  nabi.



Teringat kata-kata ulama' Malaysia bernama Hadi Awang.

Sabar hadapi orang jahil, sabar ketika marah, sabar kepada yang buat zalim kepada kita, dan mengajak mereka dengan bahasa yang difahami, jangan dengan bahas yang tidak difahami,”


Ya Allah, maafkan kami..



Sekian dari Syuib0809

2 comments:

  1. haaa itula, kita bukan sempurna, kena la trima kekurangan orang lain..nasihat kena berhemah..kdg2 yang kata tu pun bukan betoi kan?

    ReplyDelete
  2. tiada manusia yang tak pernah khilaf... kalau dah salah perbetulkan la, tak gitu? toksah tacing sgt la... life is simple enuff. smtimes we don't really meant what we said... no. 2 : yup 'label' sesuatu yg taboo. ps: kalau aku jadi sopek, dah lama aku tumbuk ko dalam fikiran aku berkali2 sebab publish pic dan 'kutuk' di khalayak. sekian. peace.

    oh! & maaf zahir batin.

    ReplyDelete