Bismillah
Keberadaan di rumah buat sementara
waktu kali ini menyebabkan aku me”manfaat”kan internet sepenuhnya. Sewaktu
menjelajah youtube, tiba-tiba aku terjumpa video dengan gambar lelaki muda yang
berjambang lebat. Tajuk video tersebut “Invincible Youth 2: Seoul Tour with
Foreign Students”. Timbul seribu satu persoalan macam mana lelaki yang jelas
kemuslimannya boleh menyesuaikan diri dengan Variety Show Korea yang penuh
dengan percampuran lelaki perempuan serta makanan mereka yang kebiasaaannya
berasaskan babi.
Mengenali korea selatan melalui
beberapa Variety show, aku secara jujurnya memandang tinggi terhadap nilai
budaya serta disiplin mereka dalam kerja dan ilmu. Sebagai sebuah negara yang
terkesan dengan perang dan ancaman perang, korea selatan boleh dikatakan
sebagai sebuah negara Asia yang cepat bangkit hingga mula dipandang oleh dunia
selepas Jepun. Ketinggian adab dan budaya mereka berjaya memikat orang luar.
Panggilan Hyung, Sunbaenim, Nuna, Onni, Oppa dan sebagainya menunjukkan betapa
mereka menghormati generasi yang berbeza dengan mereka. Kebiasaan masyarakat
asal mereka sendiri tidak menggalakkan lelaki dan wanita untuk bersalaman.
Cukup sekadar tunduk. Sebelum makan, mereka akan ucapkan terima kasih pada
makanan. Menarik
Namun begitu, Korea bukanlah sebuah negara yang terdedah dan
percaya kepada agama. Walaupun ada sebahagian mereka yang menganut agama
Kristian, namun kepercayaan tersebut lebih kepada satu ikutan terhadap Amerika
Syarikat, negara yang dipandang tinggi oleh mereka. Malah, pengamalan agama kadang-kadang
mampu menjadi bahan jenaka bagi mereka. Filem mereka mungkin dekat dengan
cinta, namun jauh dari mesej agama. Atheis, mungkin itu nama paling dekat yang
kita boleh berikan pada mereka. Namun, gelaran itu mungkin patut diselidik
balik kerana mereka hakikatnya tidak tahu pun apa itu ISLAM.
Kenalkan ISLAM di
Korea.
Walaupun ada sebuah masjid besar yang terletak di Itaewon,
namun itu bukan penanda masyarakat sudah mengenali Islam. Barangkali, ia
sekadar tempat berkumpulnya orang Islam di Seoul.
Kembali kepada kisah Invincible Youth tadi, remaja muslim
tadi merupakan seorang lelaki Pakistan bernama Osman yang berumur 27 tahun. Apa
yang menariknya, rancangan ini dirakamkan pada bulan Ramadhan, dimana Osman
sedang berpuasa. Aku tertarik dengan pendekatan yang ditunjukkan oleh beliau
sepanjang rakaman rancangan ini. Beliau tidak menunjukkan Islam itu susah dan
payah, malah menarik perhatian selebriti korea yang lain untuk bertanya. Dan
aku terkejut, bila crew penggambaran menayangkan Osman yang berhenti di tepi
jalan untuk menunaikan solat Asar. MasyaAllah!!
Part aku suka minit 14:08 dan 38:30.
Terlampau banyak mesej yang disampaikan Osman mengenai Islam
dalam masa yang pendek itu. Kata-kata beliau tidak menampakkan Islam sebagai
sebuah agama yang “annoying” sepertimana yang kerap belaku dalam rancangan TV di
tanah air. Malah di Malaysia, selebriti Islam sendiri memerli Islam yang tak
boleh pegang tangan antara lelaki perempuan bukan mahram. Dalam rancangan
tersebut, seorang selebriti perempuan menegur rakannya yang menarik tangan Osman
bagi menunjukkan semangat sepasukan. Osman sebelum itu lagi sudah menerangkan
dalam bas, namun bagi menghormati semangat tersebut beliau tidaklah menunjukkan
muka berkerut atau bertindak kasar.
Menarik sebenarnya bagaimana mereka melayan Osman dalam
rancangan ni. Tontonlah sendiri.
Memandang dalam sudut berlainan, mungkin aka ada sebahagian
muslim yang mempertikaikan kehadiran Osman dalam rancangan TV tersebut. Memang
tidak dinafikan dalam rancangan tersebut ada wanita yang pakaiannya seksi dan
ada pula yang menari bagai. Namun aku melihat peranan Osman sangat besar dalam
memperkenalkan Islam di Korea Selatan. Aku sendiri tidak dapat bayangkan betapa
besarnya kesan sekiranya ada tetamu Islam yang dijemput dalam Variety show
gergasi korea seperti RunningMan.
Hedonisme
melampau.
Sayangnya, budaya K-POP yang semakin terkenal menghakis
sedikit demi sedikit budaya positif yang ada di Korea Selatan. Kini, mereka
sudah tidak segan silu berpelukan antara lelaki dan wanita. Malah, bercium di
tepi jalan menjadi kebiasaaan di sana. Wanita korea yang dahulunya sopan malah
terkenal dengan pakaian tradisional hanbok, kini membiasakan diri dengan seluar
dan skirt pendek kerana pengaruh kPop. Anak-anak muda yang dahulunya dahagakan
ilmu, membina empayar seperti Samsung dan Hyundai mula bercita-cita menjadi Idol(penyanyi dan penari)
kerana begitu tergila-gilakan hiburan sebegitu.
Kesan Hedonisme tidak mudah kelihatan dalam jangka masa pendek,
namun memberi impak besar dalam jangka panjang. Lihat sahaja kini, budaya Gangnam
Style dan bahasa kotor sudah mula menular dalam masyarakat Asia. Sebagaimana
Amerika Syarikat yang sudah biasa dengan seks bebas, fenomena hiburan lucah
dari artis seperti Lady Gaga, tidak mustahil Hedonisme seperti itu bakal
menjadi kebiasaan di negara berbudaya seperti Korea dan Malaysia.
Alangkah hebatnya kalau Ilmu adalah hiburan buat kita. Kan bagus kalau umat islam sendiri mampu menghasilkan rancangan TV yang tidak menjadikan wanita sebagai watak utama. This is my favourite Variety show sekarang. Menarik bagaimana mereka berjaya lahirka idea sebegini dan dapat sambutan hangat. 48 jam hanya bersama ayah. Return of Superman
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment