Wednesday, 19 April 2023

RAMADAN 2023

 Bismillah.


4 bulan tidak menulis. 

Cuma ramadan, perlu didakwatkan dalam ruangan kecil ini. Sebagai catatan, kenangan dan panduan generasi akan datang.


Tahun ini, tajaan satu malam adalah rm2k. Anggaran untuk 500 orang. Walaupun tahu ianya kos yang agak mustahil, tapi percaya, pasti akan ada rezeki yang hadir dari insan2 yang hebat. Dan menariknya tahun ni, ANC mintak untuk tidak diadakan berbuka pada hujung minggu. So, agak relaks sedikit di situ.









Ramadan kali ini, prosesnya agak mudah. Tidak seserabut tahun2 sebelum ini. Nasi cafe D masak. Lauk juga sama. Ayam macam biasa tempah rm1. ANC hanya perlu goreng telur dan keropok. Keropoknya bertukar 4 jenis. Keropok ikan, keropok bawang, papadom bulat dan papadom petak.

















Dan yang agak memudahkan, pelajar lelaki makan dalam talam, manakala muslimat dalam pinggan. Masing2 berlapik plastik. Dan aku sendiri, sangatlah jarang turun petang2. Sebab kalau turun, mesti banyak gila marah ajk. Padahal elok je diorang bila aku takde. Untuk air plak, ada pensyarah sponsor sepanjang ramadan. Memang ringan keje sikit.







AJK kali ni yang agak menarik. Diorang komited je, rajin tapi agak keras kepala. Generasi muda yang rasa selalu betul, tapi lepas nampak bermasalah, barulah nak mengalah. Tak pandai masak nasi, so mintak cafe je masakkan nasi lebih. Bab ikhlas yang paling menarik, diorang macam x beriya nak cari dana untuk bagi makan sedap2. Apepun, setiap hari yang hadir lebih 700 orang gak.




















Tahun ni juga, tak banyak kerenah dari pentadbiran. Tidak berbunyi apa2 isu, dan buat pertama kalinya pengurusan kolej tak panggil naik atas. Hanya ada sedikit isu pasal QR code. Tapi itupun ok je takde apa.







Tahun ni juga banyak balik kampung hujung minggu berbuka bersama keluarga.










Wida' ANC 2022-2023

Itu sahaja. 


Sekian dari Syuib0809


Thursday, 22 December 2022

Ziarah KY 2022

Bismillah.

Baru-baru ni ambil cuti sempena pernikahan sepupu di Klang. Nak cerita pasal kenduri tu xdelah apa sangat. Sebab kenduri semua sudah di sub kan pada catering. Cuma nampaklah berfungsi sikit bila makanan habis. Bergegas bawak sis amani pi cari ayam panggang dan ayam goreng. Alhamdulillah cukup semuanya.

Tema biru

Di kesempatan tersebut, aku jepah dan amir pun merancanglah untuk melawat Ustaz Malikie di lembah beringin. Lepas PKP, macam-macam ceritanya. So, teringin nak dgr dari ustaz. Seronok sebenarnya jumpa kembali Murabbi dan rakan2 seperjuangan. Yang lain, semuanya sudah melarikan diri.

Balik dr rumah Ustaz, ajak diorang singgah kolej dulu sebelum balik. Ada orang nampak kolej ni biasa2 je. Kalau nak terkejut pun, terkejut dengan kewesternan dia la kot. Tapi di sinilah aku kenal dakwah dan tarbiyah.


Gambar2 yang akan dicari nanti. So, letaklah di sini.



Gambar pi cameron highland ketika pru hari tu. Tak tau nak jalan mana bulan 12 ni. Jom jimat

Sekian dari syuib0809.

Tuesday, 4 October 2022

ALC 2022: DAPUR DAN MAKANAN

 Bismillah.

Urusan dapur kali ini diberikan kepada G21 yang mempunyai banyak pengalaman di kolej. PDT diorang dah merasai dua kali ramadhan di kolej. Setiap ramadhan je hidang makanan untuk 500-600 orang. Jadi, setakat 100 orang ni tak banyak masalah inshaAllah.

Strategi kali ini juga lebih mudah iaitu makanan utama ditempah dan diuruskan oleh sis kudou. Sebab dia orang baling. Tapi yang tak syoknya dia sendiri tak dapat datang. Nasi, lauk ayam dan sayur semuanya sudah siap dimasak, manakala ajk dapur hanya menyediakan menu tambahan seperti papadom dan telur.

Kelebihannya boleh fokus pada menghidang, membasuh dan mengemas dapur. Tidak seperti tahun2 sebelum ni yang semua kepenatan nak siang/basuh ayam bagai.


Cuma portfolio ajk dapur ditumpukan juga kepada penyediaan makanan tambahan untuk fasilitator, tetamu dan juga makanan ringan peserta. Untuk makanan tambahan fasi, sempaylah sambar udang dan sotong untuk dibuat buttermilk.

Menariknya makanan "ringan" peserta ini ditaja sepenuhnya oleh alumni merentas generasi. Jadi, untuk makanan memang takde masalah bajet.


Senarai makanan ALC:

- nasi lemak
- kuih muih
- Ayam kicap+sayur paprik
- ROTI JOHN
- Ayam merah+tomyam sayur
- BBQ(fasi)
- maggi cup
- bihun singapore
- roti canai
- kari ayam + sayur kobis

Yang seronoknya kali ini, ada isteri sendiri yang memantau urusan di dapur. Segala idea yang dibincang dirumah, disalurkan dengan baik pada ajk dapur. Cabaran paling besar ialah bihun goreng. 5.30 pagi dah bangun goreng. Nasib baik sedap.





Minuman.

Team buat air diuruskan oleh muslimin G21. Selalunya air ni lah yang kelam kabut. Sebab setiap 3 jam mesti buat air baru. Tapi kali ini urusan air laju dan tersusun. Antara sebab besarnya, ANC sudah ada tong pemanas air yang besar. Memang nak dapat air panas jadi senang tak macam dulu2. Dulu asyik kena berebut dapur.

Air pun sedap2. Kesan pengalaman bancuh air sepanjang ramadhan.. 


Kemahiran dan pengalaman.

Perasan ajk2 dapur yang datang ni macam dah lama tak masuk dapur kat rumah. Mungkin sebab dah ada "emak" yang berperang di dapur. Kemahiran team dapur ini bukan sekadar memasak, tetapi turut tertumpu kepada kemahiran membuat keputusan.

Dan pengalaman menyusun masa, kerja dan pembahagian tugas, semuanya adalah radas dalam mematangkan gerak kerja mereka sendiri kelak. Paling tidak pun, akan menyusun jadual hidup mereka. Bagaimana berinteraksi dengan rakan2 sekerja lain, tolak ansur, empati semuanya tak payah di ajar dalam kelas, inilah tempat menuntutnya.




Terima kasih atas komitmen semua.

Jumpa lagi

Saturday, 1 October 2022

ALC 2022: MODUL

 Bismillah.

Alhamdulillah, telah berlansung kem anc pada 23-25 september yang lepas. Kali ini, kita buat di baling plak.



Buat pertama kalinya

Modul ALC dirangka oleh cikgunya sendiri. Oleh kerana ramai alumni dibentuk untuk Siyasah, maka kurang ramai yang mahir dalam pembinaan modul tarbiyah dan dakwah. Memang perasan, masih kurang yang mampu menjadi naqib/ah penjentik hati.



Modul kali ini memerlukan bacaan yang agak banyak. Kesibukan berprogram dan bermesyuarat di kampus, sangat baik untuk mengheret kembali para alumni dengan pembacaan dan penyentuhan hati semula.


 

Orang2 di kampus mungkin melihat mereka kuat, rajin, "ganas" dan matang. Tetapi aku melihat hati mereka masih belum kuat terima ujian, masih mahu diraikan sifat kebudak2an dan sudah tentu masih perlukan orang memantau amalan harian mereka. Kerana itu, modul kali ini membawa alumni sendiri kepada basic. Agar kuat menempuh alam2 yang menyakitkan selepas ini.







Cantiknya modul kali ini ialah apabila alumni mengolah dengan cara yang cukup baik. Aku hanya beri isi dan bahan, mereka rempahkan menjadi menu yang menarik. Tahniah dan terima kasih. Semoga dapat sesuatu.