Bismillah.
Sedikit coretan raya aidilfitri tahun ni di Kelantan
TERATAK BONGSU
Rumah papan di pohon janggus
Dimakan anai menunggu runtuh
Memaksa kudrat berdiri utuh
Kerana anaknya mahu ke mari
Sebelas hilal dirinya sunyi
Baru sekarang dihurung penghuni
Kalau engkau termakan hati
Datang ke mari ku hidang kari
Ajaib teratak berlebih seni
Menyimpul kasih tersusun rapi
Terukir kenangan tidak terbeli
Jauh berkelana si anak teruna
Meskipun tampan tidak berpunya
Jika runtuh rumah usang ini
Pasti dirinya yang paling merana
Takdir si bongsu menulis rencana
Kelak menua mimpikan sama
Beribu gambar engkau cetak
Satu kau mimpi yang masuk hati
Selamat berehat beranda tua
Semoga rindu memujuk sua
Sekian dari Syuib0809















No comments:
Post a Comment