Tuesday, 17 March 2026

Ramadhan 2026

Bismillah

Ramadan kali ni sedikit menarik. 2 minggu sebelum ramadan bermula, Pusat Islam tiba-tiba dimansuhkan. Aku pula dapat mesej personal memaklumkan ada orang tak benarkan aku terlibat dengan ramadan tahun ni. 

Tapi macam biasalah, takde orang pun turun malam2, maka takde siapa perasan aku terlibat. Tahun ini, kami dapat 14 hari tajaan ramadan.


Rasanya dari sudut gambar takde apa pun berbeza dengan tahun2 sebelum ni. So malas nak bubuh banyak2.





Anak sulung suka sangat lepak kat surau time berbuka


Menerima kunjungan afiq dan nik minggu kedua ramadan

Ruang kecil yang ada sekadar nak bubuh gambar2 alumni yg datang pada hari terakhir.

Kesian budak2 ni, muda2 lagi dah nampak tua berbanding bini kita.

Antara orang2 bujang yang hadir

Alhamdulillah dapat 3 hari berbuka kat teluk intan.

Gambar mixue sebagai penutup moreh. Senang nak rujuk nanti



Di hari terakhir seperti biasa kami sediakan bekalan berbuka untuk pelajar yang naik bas. Pada mulanya tiada duit, dan dimaklumkan ustaz2 dah bagi pada cafe untuk sediakan nasi bungkus. Tiba2 ada duit lebih yang perlu dihabiskan.

Yang kesiannya, diorang kena marah dgn ustaz. 




Sekian dari Syuib0809