Bismillah
Kami sampai di apartment sekitar jam 9 malam dan malam itu dipenuhi dengan aktiviti tidur sahaja. Masalahnya ialah pukul 3 pagi semua dah aktif berjaga. Perbezaan waktu 8 jam dengan Malaysia menyebabkan waktu tidur semua orang lari. Jetlag yang kemudian mengganggu beberapa plan hari2 berikutnya
Oleh kerana semua dah aktif, pukul 7.15 aku ajak semua ke morrison. Supermarket sama yang aku pergi dulu hari pertama belajar di UK. Mencari makanan yang boleh dijadikan sarapan. Donut, roti, biskut, susu. Beras pun sekali terbeli. Penuh satu troli. Keluar dari morrison hari dah cerah. Maka bermulalah aktiviti bergambar.
Oleh kerana jarak penginapan kami dengan pekan Leicester tersangatlah dekat, maka dari morrison kami balik ke rumah dulu. Dalam pukul 10 pagi mula berjalan kaki ke pekan Leicester yang memakan masa lebih kurang 8 minit. Singgah sebentar di poundland yang sepatutnya menjual barangan 1 pound. Masuk2, lg banyak yg bukan 1 pound.
Dahsyat rupanya inflasi kat UK dalam 10 tahun ni.
Sebenarnya pagi ni masing2 mencari barang keperluan untuk dipakai sepanjang bercuti. Adik aku mencari tali pinggang, isteri plak cari kasut sebab tertinggal kat penang. So tempat yang bagi aku murah sudah tentulah Primark. Alhamdulillah memang murah. Banyak habis masa di sini dan kemudiannya bergambar sekitar clock tower leicester.
Aku yang tak bernafsu nak shopping apa2, menanti masa nak ajak diorang pi makan kedai nasi somalia kegemaran. Selalu cerita kat bini, dah tiba masa bagi rasa. Kami ambik 2 nasi lauk ayam dan 2 nasi lauk kambing. Mantap rasa dia. Iman pun bertambah. Mak aku je tak berapa suka. Kat sini sekali lg terkejut inflasi di Uk. Dulu sepinggan 5pound. Sekarang sepinggan dah 10 pound. So, berhabis 44pound untuk makan tengah hari.
Padu makanan diorang ni. Kalau sapa nak cari kena cari masjid Quba. Memang masuk2 takkan rasa macam ada kedai. Orang2 sini je yang tau.
Sampai semula ke apartment jam 2 petang. Rehat punya rehat semua terlajak tido sampai pukul 8 malam. Memang rugi tapi nak buat mcm mana. Bangun2, terus aku cari makanan kegemaran kedua iaitu Doner.
Jujur, aku rasa Lamb doner ni memang aku x jumpa dekat malaysia. Dia bukan kebab/shawarma daging. Lain rasa.
Lepas makan balik teruih sebab tak berjaya cari taman singa. Habis hari kami yang kedua.
No comments:
Post a Comment