Wednesday, 22 January 2025

Kembara mencari Ubat Rindu bahgian 4

 Kembara mencari Ubat Rindu bahagian 4 : Shakespear dan Stadium


Pagi-pagi sabtu kami bercadang untuk keluar dari Leicester. Cadangannya adalah sebuah bandar kecil tempat kelahiran Shakespear iaitu Stratfort Upon Avon. Dulu waktu family mai UK 2011 aku bawak ke sini. Tempat yang memang cantik.


Jaraknya pun tak jauh. Tak sampai satu jam dari Leicester. Sampai di sana sekitar jam 8.30 pagi. Dan cuaca pagi ni tersangatlah sejuk. Kami parking dekat dengan sungai dan market. Dan misi pagi tu yang pertama ialah mencari tandas. Berpusing lah satu pekan tu.












Di taman utama, ada orang buat persembahan. Kami jalan2 tangkap gambar dan akhirnya berjalan2 di sekitar market. Isteri aku minat dengan rantai2 yang dijual. Aku plak melilau mata mencari kalau mungkin ada gerai halal. Alhamdulillah jumpa satu. Orang thailand yg masak. Sedap gak lauknya.










10 pound. Convert jd rm55. Gila kan


Dalam pukul 11 masuk kereta untuk ke destinasi seterusnya. Masuk2 kena saman parking. Bukan sebab x bayar parking, tapi maksimum jam yang dibenarkan ialah 1 jam. Rumit peraturan parking di Uk. Destinasi kami seterusnya ialah Warwick Castle. Tempat penggambaran drama Merlin. Tak berhajat pun nak masuk sebab mahal, sekadar nak tangkap gambar di luar. Masuk2 parking sekali ramai gila orang. Dan nak ke castle terlampau jauh berjalan kaki. So kami cancelkan dan kembali ke Leicester.





Sebenarnya selain warwick castle, aku juga nak ajak makan di Zeenat Coventry. Tapi lambat bukak dan kami pun dah makan nasi Thai tadi. Maka aku mencadangkan kami singgah di Stadium bola Leicester City. Atleast ada nama yang besar sejak masuk EPL. Cadangnya nak beli baju sebagai cenderahati. Masuk2 punyalah mahal harganya. £50-90pound. Kalilah dengan rm6


Berehat sebentar. Isteri nak tengok sendiri bagaimana pertukaran petang ke malam yang berlaku sekitar pukul 3.50 petang. Ye winter di sini menyebabkan siang pendek dan malam panjang. Dalam kul 3 petang kami berjalan ke taman singa. Aku meninggalkan family sebentar di taman singa, berjalan seorang diri melayan kenangan hati. Kawasan ini adalah kawasan2 pertama kami datang di minggu pertama kami terbang ke Leicester 2009 dulu. Makan maryland(kedai halal), buat akaun bank di LLOYDS dan bersiar2 di market Leicester. Cuma tapak market tu dah dirobohkan, maka terlepas satu lagi kenangan indah di situ.


Jalan punya jalan ke dalam sekali aku nampak tempat meriah. Rupa2nya diorang bina market sementara di bahagian lain sementara market baru di bina. Apa lagi aku pun berlari2 panggil family datang sini. Market dah nak tutup untuk hari ni, so banyak diorang lelong buah murah.







Dalam pukul 4.30, kami pulang semula ke apartment. Fahmi beli Pizza sebab sepanjang di sini tak makan lg pizza. Fami beli dekat belakang apartment je. So malam tu kenyang. Kami berehat habis2an sebab esoknya akan ke destinasi yang lebih jauh iaitu Manchester.


Bersambung...

Friday, 3 January 2025

Kembara mencari Ubat Rindu bhgian 3: Tempat belajar

 Bismillah

Macam biasa, bangun pukul 3 pagi perut dah lapar. Nasib baik masih ada nasi somalia semalam. Panaskan dalam microwave terus telan. Masih sangat sedap.


Pagi ini, misinya mencari swan. Pagi2 mencari parking free di LIDL. Sampai2 sekali family nak shopping breakfast dulu. Beli donut, roti dll kemudian berjalan kaki ke tempat aku selalu melepak dulu di tepi sungai. Tak sangka semakin banyak swannya. Dulu aku ingatkan swan tak boleh duduk ramai2 dalam satu kawasan. Ada mitos mengatakan swan akan bunuh swan lain untuk jadi dominan. Entahlah.








Dari situ, kami terus ke universiti of leicester. Lengang sunyi sepi je kawasan uni. Semua dah mula cuti krismas kot. Duduk lepak di bangunan student union. Kosong takde orang. Universiti ni dah tukar tema biru ke tema merah.








Oleh kerana dah tengah hari, kami pun pun cari makanan kurdish kali ni. Kedai kurdish lama aku dulu sudah tiada. Entah mana hilang tak tau. Maka carilah yang sewaktu dengannya. Jumpa satu. Takdelah minat sangat. Tapi sebab nak tunjuk kat family macam mana makanan diorang maka singgahlah. Nama kedai dia Ashna Kebab Restaurant. Tapi makanan utama dia nasi




Oleh kerana penat berjalan, maka balik dulu ke apartment untuk tido. Jetlag yang masih belum hilang sepenuhnya. Dalam pukul 6 lebih kami keluar semula.


Oleh kerana hujan renyai2, maka ambik keputusan untuk naik kereta dan parking di Haymarket. Malam tersebut, bandar Leicester meriah dengan Night market, funfair dan aktiviti tambahan iaiti riot. Ramai polis, ramai orang yang aku pun tak faham diorang perjuangkan apa. Kecoh berlari sana sini menjerit2. Pengalaman yang sangat bagus untuk isteri yang melihatnya sendiri.





Malam ni kami merasa plak makanan chinese yang entahla kenapa jarang konsepnya jumpa di Malaysia. Nama kedainya Chopstix Noodle Bar. Zaman kami dulu yang jualnya memang orang cina. Tapi kali ni nampak yang menjualnya pakistan dan orang putih. Yang  tukang cedok orang somalia. Tapi alhamdulillah rasa masih sama.


Konsepnya ialah pilih makanan utama nasi/mee/apa ntah. Kemudian pilih dua lauk untuk dipenuhkan dalam kotak tersebut. Aku ambik nasi, ayam sweet sour dan ayam salt pepper. Bini aku plak ambik mee, kpop bbq chicken dgn carmel chicken. Nampak macam sikit, kongsi 4 orang pun tak habis rupanya.






Lepas bersiar2 kejap, naik kereta mencari taman singa leicester yang kami tak jumpa semalam. Kenapa taman ni? Sebab waktu zaman belajar dulu, taman ni sentiasa akan dihiasi sempena krismas. Dan setiap tahun jugalah aku akan lepak dan bergambar di sini. Alhamdulillah jumpa dan dahsyat pameran lampunya.



Sebelum balik, suruh adik aku beli ayam kat maryland. Risau nanti kul 2-3 pagi lapar. Cawangan ni sedap


Itu sahaja untuk malam ni, esok bersambung keluar kejap dari Leicester.


Bersambung

Wednesday, 1 January 2025

Kembara mencari Ubat Rindu bhgian 2 : Jetlag

 Bismillah

Kami sampai di apartment sekitar jam 9 malam dan malam itu dipenuhi dengan aktiviti tidur sahaja. Masalahnya ialah pukul 3 pagi semua dah aktif berjaga. Perbezaan waktu 8 jam dengan Malaysia menyebabkan waktu tidur semua orang lari. Jetlag yang kemudian mengganggu beberapa plan hari2 berikutnya


Oleh kerana semua dah aktif, pukul 7.15 aku ajak semua ke morrison. Supermarket sama yang aku pergi dulu hari pertama belajar di UK. Mencari makanan yang boleh dijadikan sarapan. Donut, roti, biskut, susu. Beras pun sekali terbeli. Penuh satu troli. Keluar dari morrison hari dah cerah. Maka bermulalah aktiviti bergambar.







Oleh kerana jarak penginapan kami dengan pekan Leicester tersangatlah dekat, maka dari morrison kami balik ke rumah dulu. Dalam pukul 10 pagi mula berjalan kaki ke pekan Leicester yang memakan masa lebih kurang 8 minit. Singgah sebentar di poundland yang sepatutnya menjual barangan 1 pound. Masuk2, lg banyak yg bukan 1 pound.



Poundland yang dah xberapa 1 pound







Dahsyat rupanya inflasi kat UK dalam 10 tahun ni.


Sebenarnya pagi ni masing2 mencari barang keperluan untuk dipakai sepanjang bercuti. Adik aku mencari tali pinggang, isteri plak cari kasut sebab tertinggal kat penang. So tempat yang bagi aku murah sudah tentulah Primark. Alhamdulillah memang murah. Banyak habis masa di sini dan kemudiannya bergambar sekitar clock tower leicester.


Aku yang tak bernafsu nak shopping apa2, menanti masa nak ajak diorang pi makan kedai nasi somalia kegemaran. Selalu cerita kat bini, dah tiba masa bagi rasa. Kami ambik 2 nasi lauk ayam dan 2 nasi lauk kambing. Mantap rasa dia. Iman pun bertambah. Mak aku je tak berapa suka. Kat sini sekali lg terkejut inflasi di Uk. Dulu sepinggan 5pound. Sekarang sepinggan dah 10 pound. So, berhabis 44pound untuk makan tengah hari.


Dalam primark


Padu makanan diorang ni. Kalau sapa nak cari kena cari masjid Quba. Memang masuk2 takkan rasa macam ada kedai. Orang2 sini je yang tau. 



Sampai semula ke apartment jam 2 petang. Rehat punya rehat semua terlajak tido sampai pukul 8 malam. Memang rugi tapi nak buat mcm mana. Bangun2, terus aku cari makanan kegemaran kedua iaitu Doner.


Jujur, aku rasa Lamb doner ni memang aku x jumpa dekat malaysia. Dia bukan kebab/shawarma daging. Lain rasa.


Slang kuat gila diorang ni. Tak faham. Dulu bapak2 diorg jual ok sikit bahasa.




Lepas makan balik teruih sebab tak berjaya cari taman singa. Habis hari kami yang kedua.