Bismillah.
Lama tak menulis seperti dulu. Tiba-tiba dalam perjalanan balik ke teluk intan, idea hadir tatkala lagu ini berkumandang dalam kereta. Kerana itu lagu ini dipilih sebagai background music yang mengiringi
Uzlah di pantai
Lama...
Tak jumpa pengganti
Kerana itu
Mata pena sunyi
Seronok sang ombak
Menyambut aku kembali
Lama rupanya dia menanti
Baru sekarang ada penghuni
Gelojoh kau ombak
Baru senafas kau tanya lagi
Mana perginya kawan yang ini
Seingat wajah singgah bersama
Sumpah kata pasti kembali
Hembus satu pun tiada di sisi
Wahai ombak
Tatkala mereka berjanji
Usah terlalu kau ambil penduli
Mainan mereka mainan kata
Selalu sahaja menjadi dusta
Dalam beribu yang mahu kemari
Hanya aku yang sampai disini
Pelik kau ombak
Berlebih-lebihan engkau merindu
Mungkin semua hati begitu
Sudah berkali aku menyeru
Sikit juga aku bertemu.
Berhentilah
Semua kenangan tertulis di pasir
Mudah sahaja engkau padamkan
Hapuskan juga kisah yang ini
Kalau nanti aku ke mari
Ku sambar ranting menulis kembali
Selamat tinggal ombak
Jumpa lagi nanti
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment