Bismillah.
Alkisah bini sarat, aku masih konfius nak bagi isteri beranak di mana. Maka beberapa minggu tersebut berpusing penang-perak-kelantan. Kat mana nak keluar dipersilakan. Oleh kerana sem 2 dah nak bermula, maka terpaksa tinggalkan isteri di gua musang kelantan.
Minggu berikutnya, walaupun akan ada cuti tahun baru, aku tak berhajat pulang ke GM sebab penat dah ulang alik. Maka cuba sibukkan masa dengan student. Janji nak masak untuk program. Tiba2 malam tu isteri kata macam dah nak beranak. Sabtu pagi aku masih was2, tapi bila mak mertua kata "tak hari ni, mesti esok beranak" , maka teruslah memecut ke sana.
Sampai2, nengok bini masih ok lagi. rasa macam kena scam. Haha
Tapi tengah malamnya dalam pukul 1 isteri dah rasa sakit sangat. Bergegaslah ke hospital gua musang untuk check bukaan. Walaupun baru 1cm, kena tahan ward sebab nampak aktif contraction nya. Oleh kerana aku xde fungsi bergegaslah balik untuk tido kejap. Lambat lagi rasanya..
Pagi tu dlm kul 9 ke klinik sebab isteri kata lapar sgt. Beli roti dan air kotak. Selepas tu tunggu la kat situ nak tengok berapa bukaan. Tunggu punya tunggu, isteri dipaksa untuk meneran sebab air ketumban dah kering. Entah bila keluarnya x tau.
Tunggu sampai kul 2 tiada khabar berita aku pun balik jap rehat. Kononnya doktor nak jumpa, tapi doktor pun x kelihatan. Cuma kerisauan ketika itu sebab phone isteri takde bateri. Tapi penat punya pasal balik la kejap sebab bukaan pun baru 3cm.
Kul 4 isteri call lagi suruh datang. Kita yang kesian dengar dia sakit datang jelah termenung memang tak tau nak buat apa. Hinggalah akhirnya 7.15 petang dr panggil untuk brief sikit yang isteri akan dibedah
"Ada soalan apa-apa?"
"Tiada, dr lagi pakar.."
So malam tu lepas solat maghrib kembalilah kita ke sana. Kul 9 nurse tanya "nak jumpa isteri dulu ke..?"
Pelik sebab ingatkan suami akan teman waktu pembedahan. Rupa-rupanya tak. So, kita pun masuklah bilik meneran tu kejap tengok. Sekali nurse2 dlm tu mintak follow tolak ke bilik bedah. Aku pun ikut jela.
Dalam kekalutan itu, yang paling misteri ialah keluarga isteri. Oleh kerana phone isteri hampir tiada bateri, maka terputus apa yang sedang berlaku sejak 1 tengah hari tadi. So, dalam kul 9.30 malam amani masuk bilik bedah, kita pun wasap bgtau keluarga apa yang berlaku. Maka ma, lah dah ala dtg meneman.
Berdebar ke sepanjang pembedahan tu?
Entahla, aku dah cakap pada diri, percayalah kebaikan dari Allah.
Jam 11.15 mcm tu isteri pun keluar dari bilik bedah. Rezeki malam tu, dapat terus tengok baby. Lama gak duduk dengan baby dalam setengah jam. Oh lupa, baby girl dengan berat 3.1 kg. Alhamdulillah.
Malam tu, yang paling banyak tolong jadi translator adalah adik ipar aku si Fadhilah. Memang berfungsi cemerlang. Manakala waktu discharge dari ward si Nik datang tolong dari urusan pembayaran, farmasi sampailah pemberitahuan kepada klinik kesihatan Gua Musang. Alhamdulillah ahad malam beranak, selasa tengah hari dah boleh keluar.
Anak kami ni keluar memang waktu orang nunggu tahun baru 31.12.23. kami bagi nama
IMAN NURHANNAN.
Seperti mana aku kurang hebahkan pasal pernikahan, begitu juga pendekatan akan kelahiran ini. Media masa yang UNRELAXING. Apapun, mohon doakan kebaikan untuk Iman Nurhannan.
Sekian dari Syuib0809
Tahniah cikgu
ReplyDeleteTahniah cikgu👑👑👑
ReplyDeleteTahniah Cikguuu!!! 😍👧🏻💖
ReplyDelete