Biamillah
Berakhir sudah Ramadhan kali ini. Dan Alhamdulillah, projek iftar jamei harian tahun ini masih diteruskan. Aku pada mulanya tidak berhajat meneruskannya selepas masuk ke alam perkahwinan, tapi bila mengenangkan kesian kat budak2 ni, maka usaha teruskan juga.
Tahun ini, tajaan yang aku minta adalah rm1500 untuk satu malam. Tetapi kos perbelanjaan satu malam mencecah rm2500 untuk 700-800 orang. Alhamdulillah ada saja rezeki org sponsor, maka bajet cukup sahaja. Cuma, gitulah bila sediakan juadah untuk ramai pelajar, cafe mula kosong. Dan pengusaha cafe mula mengadu macam-macam. Aku kira itu sahaja cabarannya.
Kelebihan tahun ini, tak banyak menggunakan khidmat alumni. Hanya aini yg aku minta cover sebentar, juga sufi n the geng yang menguruskan pizza untuk moreh. Itupun tidak banyak penglibatan mereka bersama adik2. Berusaha libatkan mereka, tetapi sangat nampak alumni sudah mula "sukar" membantu. Banyak mengelatnya. Dan aku sendiri mahu membuktikan, tanpa mereka pun, semuanya baik2 sahaja
Ye, kerja yg diberikan pada mereka bukan kerana aku malas, tp sebenarnya peluang untuk mereka rapat dengan adik2. Tak nak? Tak payah tolong. Haha
Muhasabah kecil, aku sedikit kecewa dengan iftar kali ni, kerana kurang mencapai matlamat imarah Ramadhan. Tujuan yg asalnya agar ramai solat di surau, menjadi hodoh apabila ramai pelajar ambil makanan dan kemudian kembali ke bilik. Dan lebih mengecewakan adalah sikap penting diri yang semakin menjadi2. Ramai pelajar perempuan ambik dua pinggan bukan utk kawan, tetapi sebab nak ayam dua. Last2 selalu yg belakang x dapat.
Tapi moreh tahun ni best gak:
Apepun, yang best tahun ni, dapat kumpulan alumni sikit. 20 org dari 6 gen, agak nice.
Mengukur rindu.
Ada orang mengukur jarak
Dengan memakai sukatan rindu
Jauh berkelana ke negeri orang
Pulang sebentar melepas rindu
Aku kata pada Izzati
Malam ini satu per seribu
Jangan pulang ke sintok
Kerana malam seperti ini
Tidak mudah berulang lagi
Atau dalam seribu mimpi
Hanya ini yang jadi realiti
Mesyuarat beribu
Tidak sama pertemuan yang satu
Engkau perlukan berjam2 memerah akal
Tapi cukup sejam mengubat hati
Terima kasih semua
Sekian dari syuib0809
No comments:
Post a Comment