Bismillah.
Pesanan di atas, sebenarnya sudah lama dinukilkan. Sebelumnya, orang-orang awam yang dahagakan nasihat menerimanya dengan baik. Kerana ia sebuah nasihat dari orang baik-baik, untuk mereka yang baik-baik. Malah, bakal mendatangkan kesan yang baik. Hingga di akhirnya, persekitaran yang mengelilingi orang-orang baik akan beransur-ansur menjadi lebih baik dengan nasihat ini.
Namun tiba-tiba datang seorang "pakar hadiths" membincangkannya dalam nada yang merendahkan. Hingga dirinya kemudian direndahkan pula. Lalu orang-orang awam yang membacanya, merendahkan pula antara satu sama lain. Ketinggian ilmu orang-orang alim semakin dipandang rendah, sehingga ramadhan yang tinggi rahmatnya dipenuhkan dengan perpecahan manusia satu agama yang galak merendahkan saudara agamanya.
Aku yang sekadar memerhati, menjadi semakin gelisah apabila syeikh nuruddin albanjari juga terkena tempias dari "fitnah" tertidur yang dikejutkan oleh ustaz hadits itu. Maka amat jelas, pentingnya ketinggian ilmu disulami dengan adab yang tinggi juga. Mudah-mudahan ilmu tinggi yang dicari kelak berupaya menundukkan nafsu diri. Jika dengan ketiadaan syaitan pun manusia boleh porak peranda sebegini, jelas benar nafsu itu bukan sesuatu yang boleh dipandang rendah.
Penutup Projek Iftar.
"
Aqlina, kalau kamu dah sihat, tolong totalkan kejap duit masuk semuanya sekali..."
Tahun ini, aku melantik bendahari khas untuk projek iftar jamaie di surau. Tidak larat mahu membuat buku kira-kira kerana kesibukan yang teramat. Gadis bendahari ini, adalah produk maktab mahmud yang dipilih oleh senior-snior ANC 2016/2017. Melihat raut wajahnya, memang teringat akan gelagat senior-seniornya yang lama. Terutamanya, gadis pemalu itu. Aura mereka sama, cuma bendahari ini, antibodinya cukup lemah, demam pun dapat cuti sampai 3 hari. Siot.
"cikgu ni, pilih yang lawa-lawa je kan? Yang lawa tu tak semestinya boleh buat keje ok..."
Barisan fasi-fasi itu, kerap benar bersangka buruk dengan aku. Tapi sejujurnya aku nampak tahun ni ANCnya lawa-lawa berbanding tahun sebelumnya. Kahkahkah. Jangan marah.
Diorang ni nampak aku macam gatal sebab baca blog ni kot. Berlainan pula pandangan encik suhaimi pada aku:
"izuan ni, kalau letak perempuan lawa, sebelahnya letak tiang kayu, mesti dia nampak sama je.."
Malam terakhir projek iftar, aku mengumpulkan semua ketua-ketua yang terlibat beserta bendaharinya.
"cikgu, jumlah duit yang orang sumbang sepanjang Ramadhan ni RM17,193.70"
Gulp..
Tiga kali ganda berbanding tahun lepas, aku seperti sudah terbiasa dengan keajaiban yang hadir setiap kali menguruskan aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadhan ini. Cuma kali ini, rezekinaya melimpah ruah hingga kami terpaksa menyediakan moreh untuk dua malam yang terakhirnya. Dan morehnya bukan biasa-biasa. Malam pertama, jemaah dihidangkan dengan Spaghetti bolognes dan mee goreng. Manakala untuk malam terakhir, moreh mereka dihiasi dengan sate-sate yang ditempah ribuan cucuk. Nak buat macam mana, kalau hidang bubur kacang/pulut hitam memang buang je tak makan. Maka hipsterlah sikit.
Untuk Iftar terakhir, kami sekali lagi terpaksa menghabiskan semua duit dan bahan mentah yang disumbangkan. Lalu AJK membuat keputusan untuk menempah nasi daging. Tiba-tiba Hafiz meng"hadiah"kan seekor kambing untuk aqiqah anaknya. Cafe-cafe menambah lauk ayam masak merah secara percuma. Aku pula sudah dari awal menempah 50 ekor ayam percik sebelum semua ini berlaku. Cafe A Sponsor nasi, cafe B duk bagi duit tetiba. Cafe C plak menambah-nambah bahan untuk BbQ yang sudah sedia ada banyak. Dan malam itu, kami menerima kehadiran 500-600 orang pelajar. Pelik kali ini, lauknya berlebih, nasi pulak yang tak cukup. ANC muslimat pulak terjumpa 3 papan telur kat dalam stor. Maka, menambah lah lagi lauk dengan telur dadar yang digoreng on the spot.
Daging kurma(Hafiz), daging rebus(nasi daging) dn ayam percik. Nasi daging terpaksa digantikan dengan nasi Putih sebab dh habis.
Meriah sungguh. Buat pertama Kali aku join sekali berbuka sebab x sempat nak p beli makanan. Baju pun baju kemeja pejabat lagi.
Seperti tahun lepas, penutup iftar itu juga diserikan dengan Asap BBq. Saja mahu menghidupkan suasana. Proses membakar yahg bermula jam 6.30 petang, dan berakhir jam 11 malam, banyak sungguh makanan yang terhidang malam itu. Dan bagi membayangkan "mewahnya" rezeki ramadhan kali ini, aku tiba-tiba terjumpa sebuah kotak jam 11.30 malam.
"ni kotak apa ni? Apehal penuh dengan sosej ni.."
Kotak itu aku jumpa saat gotong royong terakhir tengah malam itu. Arang yang sudah mula dipadamkan, kotak besar itu menarik perhatian aku. Buka-bukak je, ada dekat 20 bungkus sosej yang masih belum berusik. 20x10 batang, bayang jelah sendiri.
Drama Anak Derhaka
Mahu mengikut jejak Syukri Yahya, aku rasa sudah terlalu lama aku berlakon watak baik. Dah tiba masanya untuk memegang watak jahat plak. Hahaha. Raya tahun ni aku buat hal. Tak nak balik kampung!!!. Raya penang sorang2!!.
Sebenarnya tahun ni teringin nak rasa "kelainan" sikit. Oleh kerana gagal merasa kelainan apabila berpasangan, aku memilih kelainan untuk beraya seorang diri. Acah2 perantauan gitu. Last aku tak beraya dengan keluarga ialah pada tahun 2011, sebab nak rasa beraya kat UK. Sebenarnya saja nak rasa suasana beraya negeri lain, dan seronok nak melihat respon mak yang tersangatlah drama. Mohon jangan tiru aksi ini.
Respon 1:
"
kamu nak pi beraya rumah mak mertua ye?"
Hahaha. Ni memang win. Penangan cerita studentku si Pemalu gamaknya. Mak sendiri pun tereffect gamaknya. Teringin gak nak pi alor setar tu, tapi kena berjemputlah kot. Idaklah nak gi gitu je.
Respon 2:
"
kamu ni lagi pentingkan kawan dari keluarga sendiri.."
Antara sebab minor kenapa aku tak ikut family balik kampung ialah sebab nak hadir kenduri kawin lili tai dan faiz abdul rahman di Melaka. Kedua2 nya kawan baik ketika di UK. Tak larat nak pi melaka sampai dua kali. Last aku jumpa si Faiz ni pun tahun 2013, kat kenduri si Norehan. Dah mak cakap macam tu, memang idaklah aku nak pergi gamaknya. Dan aku sendiri sangat tak suka ayat tersebut. Dalam orang lain semua kata aku takde kawan, mak plak kata aku pentingkan kawan. Aduihh.
Sorilah ye lili, tak dapatlah nak hadir. Harap memahami.
Apepun, Selamat Hari Raya semua..
Sebenarnya nak cerita lagi. Tiba-tiba tak larat.
Nanti sambung lagi..
Sekian dari Syuib0809.