Sudah dua malam berturut-turut, hujan turun dengan lebat membasahi medan ilmu ini. Hebatnya malam ni, tiada satu pun titisan yang turun. Entah doa siapa, tetapi aku dan mereka amat punya harapan agar nikmat besar itu ditahan sebentar penurunannya.
Malam ini, majlis wida' ANC. Penutup kepada semua titik peluh yang telah dicurahkan dalam tempoh menghampiri satu tahun di sini. Setelah berjanji untuk tidak bersama, maka aku mengotakannya. Sempena malam yang ada makna ini, aku nukilkan simpulan tentang mereka yang besar barangkalinya sedang bergembira.
Pentas wida tahun ni. Diserikan dengan lampu-lampu aku. Wida' tahun ni diuruskan oleh LACi sepenuhnya dan diketuai oleh si Wahyu. LACI? Nanti aku cerita.
ANC tahun ini, adalah batch yang tersangat awal aku "kacau" berbanding batch2 sebelum ini. Bermula dengan Ihya Ramadhan sebaik sahaja medilantik dan mendaftarkan diri, legasi program-program ini bersambung, menjadikan mereka tanzim yang paling banyak berprogram dalam 3 tahun ini. Antaranya:
1) Ihya ramadahan(buka puasa)
2) Lawatan ke rumah anak yatim.
3) Projek buku/sambutan "mini" Aidilfitri.
4) dua kem kepimpinan (dari senior dan pusat Islam)
5) program Aiman Banna
6) WeCare4u ( 3 siri)
7) Forum Ambang Memori
8) Sambutan Maal Hijrah
9) Sambutan Maulidur Rasul
10) Kursus Jenazah
11) Kem Solat
12) StreetDakwah
13) LailatunNisa'
14) Ada 3-4 lagi tapi malas nak taip.
Batch yang sangat-sangat bersemangat walaupun bilangan muslimin mereka tersangat sedikit. Malah diantara kehebatan mereka, ialah mampu mencari dana besar, disebabkan Pusat Islam yang suka menyekat dana untuk aktiviti-aktiviti keagamaan di Kolej. Hingga di akhirnya, jamuan mereka pada malam ini sepenuhnya adalah daripada sponsor dan juga hasil jualan mereka dalam tempoh 10 bulan ini. Malah, masih ada baki ribuan ringgit yang mereka wariskan untuk junior sesi yang akan datang. MashaAllah.
Satu dan Utama.
Namun, disebalik semangat mereka yang berkobar-kobar untuk berprogram, aku melihat mereka menjadi sebaliknya dalam urusan akademik. Assignment yang acapkali ditiru, markah kuiz yang sangat-sangat membimbangkan, ponteng kelas tambahan, amat "manis" untuk aku katakan yang mereka menjadi "sekular" dalam urusan seharian mereka di Kolej. Akibatnya, keputusan peperiksaan mereka sangat-sangat merosot dan jelas kelihatan fokus mereka untuk akademik terhakis dan longlai di penghujungnya. Barangkali ia kesilapan besar aku, yang sudahpun menyibukkan mereka dengan pelbagai program sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke sini. Fokus utama yang sudah lari, maka akademik tidak menjadi nombor satu, dan dakwah pula tidak kelihatan seperti nombor dua. Sayangnya, program yang lebih menjadi utama.
Keunikan tanzim ini, mereka berhadapan tekanan dari pelbagai pihak. Dari HEP, dari Pusat Islam, malah dari pelajar sendiri yang seperti sudah hilang percaya dengan kepimpinan mereka. Pelbagai isu, namun sangat jelas batch ini adalah batch yang terserlah "kegatalannya". Ia menjadi duri dalam daging, yang menghilangkan kepercayaan, merosakkan silaturrahim, dan menjadi racun dalam setiap program yang sepatutnya menjadi ubat kepada manusia. Malah ANC tahun ini juga menyaksikan begitu banyak perbalahan/pergaduhan dalaman yang sangat menyampah untuk aku layan dan selesaikan. Cetek akal dan pemikiran, jelas menjadi punca kepada semua perkara negatif yang melanda mereka tahun ini.
Namun menarik, masalah-masalah ini juga Allah sediakan sebagai ubat buat mereka, titipan tarbiyan yang akhirnya menguntum senyuman kembali buat mereka yang Ikhlas. Adapun yang tidak ikhlas, sudahpun tercicir lama, biarpun memegang jawatan majlis tertinggi.
Sebiru hari ini.
Marah dan rajuk yang paling tinggi buat batch ini, tidak sedikitpun mengurangkan sayang aku kepada mereka seperti batch-batch sebelum ni. Senakal mana anak yang Allah kurnikan, sayangnya Ibu bapa terhadap mereka tidaklah berkurang walaupun marah mereka lebih besar berbanding adik-beradik yang lain. Marah yang tidak mengurangkan sayang, maka wida' ini aku hadiahkan makanan special untuk mereka dengan lagu kenangan yang inshaAllah bakal mengembalikan semula ingatan mereka.
Seperti wida' tahun-tahun sebelum ini, aku mahu mengurangkan memori bersama-sama mereka. Keyakinan besar selepas melihat batch-batch yang telah pergi sebelum mereka, amat pasti yang mereka-mereka ini akan melupakan, dan hanya aku yang menjadi tunggal untuk sukar melupakan. Sesi yang baru, dunia menjadi baru, wataknya menjadi baru. Hanya aku yang masih kuat bercerita, tentang cerita-cerita lama. Mengarang kisah-kisah lama, untuk diceritakan kepada mereka-mereka yang baru
LACI.
Keunikan ANC Kali ini ialah dek kerana tertubuhnya lajnah "haram" yang digelar sebagai LACI. Dan ianya adalah singkatan kepada Lajnah Cikgu Izuan. Hahaha. Bermula dengan projek TeamBulding ANC, Wecare4u, Cyclo Ohana, LailatunNisa', mereka akhirnya menutup apa yang telah mereka mulakan dengan meneraju pengurusan majlis Wida' ANC tahun ni. Tidak terikat dengan mana-mana lajnah dan MT, semua kerja diluar portfolio ANC banyaknya akan diberikan kepada mereka dan terbukti yang mereka-mereka ini sangat-sangat komited.
Anak-anak gadis ini, sepenuhnya dipilih oleh aku sendiri. Selain melihat kecantikan(hahaha), mereka-mereka ini aku pilih setelah membaca borang ANC mereka yang direject. Pelik kenapa tidak diterima, maka aku mengumpulkan mereka dengan "ijtihad" bahawa mereka sangat2 patut di"ANC"kan. Dan yang paling menarik, majoriti ahli LACI ini ialah Alumni Maktab Mahmud, Alor Setar. Teringat akan Ainun dan gadis si pemalu itu, maka ia sebuah penghargaan yang aku berikan untuk mengingati mereka yang "tersingkir" dari pemilihan ANC dulu kala.
Anis, azwa, Sarah, husna, syahirah, khairina, hafizah, izzati, nasuha(bukan laci) dan fadhlina. 5 orang adalah budak maktab Mahmud. Kenal ke? Rasanya tahun depan tak buat lg dah kot. Sekadar menguji, kalau ANC semua mati, mampu tak aku hidupkan jump "baru" yg komited.
"Korang kenal tak F**** M*******, senior sekolah korang dua tahun tua dari korang..."
"tak kenal lah cikgu, kenapa?"
"Aik, beza takat dua tahun, takkan tak kenal kot..."
"budak maktab mahmud ramai cikgu. Kalau duk Asrama kami kenal la kot. Kalau duk luar biasanya susah nak kenal melainkan yang memang famous..."
Cehh.. Niat hati nak korekla rahsia apa-apa. Sekali dengan perempuan pun jenis pemalu gak.
Jangan risau, walaupun awak tak terkenal dikalangan junior awak. Awaklah yang paling saya kenal dalam hati saya. Ciaciacia.
Sewel.
Sekian dari Syuib0809..
InshaAllah akan cerita pasal SGShop n lighting system minggu depan.