Friday, 21 February 2025

Kembara Mencari Ubat Rindu : Tempat Sujud

 Kembara Mencari Ubat Rindu : Tempat Sujud


Pagi isnin, pukul 7.30 dah keluar dari apartment untuk try makanan breakfast di pekan Leicester. Dah hujung-hujung baru nak p try. Jarak hanya 6 minit berjalan kaki dari tempat tinggal kami.




Nama kedai ni tegtart. Memang orang Islam punya, so halal. Masuk2 pun dah dengar bacaan Quran. Pekerjanya ada orang Turki dan orang pakistan. So kami cuba French Toast, Panini n English breakfast. Agak kena dengan tekak melayu. Lepak lama di sana sebab pagi-pagi takde orang. Dan kami pun tak bercadang nak ke mana sangat.





Lepas makan, naik kereta pergi perkampungan Islam di Leicester. Yang terkenal ialah Evington Road dan Highfield. Dulu zaman bujang selalu berbasikal di sini cari masjid. Masalahnya semua dalam kereta tak excited lansung. Bila nampak taman yang besar iaitu Spinney Hill Park barulah masing2 sibuk nak bergambar. Penuh tupai kat sini.










Dari Highfield, kami singgah sebentar di De Monfort Hall, dewan tempat aku konvo dulu. Tepinya ada victoria Park. So sekali lagi tangkap gambar. Kemudian kami balik bilik. Jam 11 pagi keluar semula untuk mencari souvenir sebab ini adalah hari terakhir kami di Leicester. Lokasi utama, Primark.








Waktu tunggu isteri shopping, tiba-tiba aku moody. Bukan moody tunggu bini sangat, moody kerana aku rasa masih belum jumpa Ubat rindu yang aku cari. Apatah lagi di hari-hari akhir ni. Maka, berjalan kaki ke bilik semula sambil tidurkan Iman. Bila ahli keluarga yang lain dah sampai bilik, aku ambil peluang berjalan seorang diri di Pekan Leicester. Jauh aku pusing seorang diri, mencari hati.




Cadang nak makan di McIndian, tapi menunya dah lain. Tiada nasi beriyani chicken grill 12 tahun lalu. Maka, aku try kedai lain peri-peri chicken. Masam giler. Dalam perjalanan pulang, terjumpa kedai makanan cina halal ala2 chopstix. Yang lawaknya, tukang masak n jual ialah orang india muslim. Beli untuk bekalan ahli keluarga yang masih belum makan. Masing-masing tengah tido, aku plak rasa puas boleh jalan sorang2 macam dulu.


Lepas maghrib, kami ke morrison untuk cari coklat2 sebagai "hadiah" pulang ke Malaysia. Aku pula masih rasa gelisah mahu meninggalkan Leicester, ada yang aku rindu, tapi aku tak jumpa. Akhirnya, aku bagitahu pada adik aku


"Fahmi, nanti hantar angah pergi Masjid angah selalu sembahyang dulu. Dekat Narborough Road"


Aku sampai di masjid e abu bakr satu jam sebelum isyak berjemaah. Suruh fahmi tinggalkan. Ambik wuduk, solat sunat, baca quran, imbau seribu kenangan yang aku pernah ada di sini. Mencari wajah pakcik2 yang dulunya selalu menyapa. Sayangnya, sorang pun tiada. Satu jam iktikaf mencari ubat rindu. Benar, inilah rupanya yang aku rindu. Tak sempat singgah kerana jauh dari penginapan kami







Sebelum balik, mintak fahmi belikan Doner Master. Di malaysia susah nak jumpa Doner. Lain rasanya dengan kebab daging. Sampai di pekan Leicester, ternampak bombay bite. Bagitau fahmi, ni antara kedai sedap jugak dulu. So dia pun singgah beli bungkus. Memang dlm kedai pasang zikir je.


Malam ni malam terakhir kami di sini. Esok akan bergerak ke oxford






Bersambung....

Monday, 3 February 2025

Kembara mencari Ubat untuk rindu : Manchester

Bismillah


Pagi2 sebelum bertolak ke manchester, aku merajinkan diri mencari kedai makan breakfast di internet. Setelah 4 hari asyik breakfast dengan lebihan makanan hari sebelumnya, aku rasa dah tiba masa merasa sarapan yang proper. Dekat tiktok jumpa satu kedai di Leicester yang 5 minit je jalan kaki dari hotel kami. Tapi, pagi ni akan bertolak awal ke manchester, maka x sempat.


Cari punya cari jumpa satu kedai breakfast halal kat manchester yang buka awal pagi. Nama kedai Caramello Didsbury. Maka bergeraklah kami ke sana. Menarik sepanjang perjalanan ke manchester nampak beberapa kawasan yang diliputi salji nipis. Nak berhenti payah sebab highway. Maka tengok jelah mampu.





Kami sampai di Caramello Didsbury ni sekitar jam 9.30 pagi. Di kawasan kedai ada tempat parking, maka sudah tentu sangat melegakan walaupun berbayar. Peraturan parking di UK ni agak ketat dan sangat memeningkan. Makanan kedai ni pun agak sedap. Cuma tulah, jangan sesekali convert ke ringgit.










Selepas makan, kami terus ke stadium MU iaitu oldtrafford. Sampai2, penuh orang dan semua parking tutup sebab ada game petang tu lawan bournmouth. Adik aku dengan beraninya masuk salah satu kawasan parking dan mintak izin parking sebentar. Nasib baik tukang jaga parking tu baik gila, dan nampak si iman lagilah dia suka. Oleh kerana jam baru 11.30 pagi, manakala game kul 2 petang, maka kami dibenarkan masuk sebentar utk bergambar. Angin tersangatlah kencang dan sejuk.






Dalam pukul 12, kami pun bergerak ke tujuan utama kami di Manchester iaitu British Muslim Heritage Centre sebab ada program orang2 Malaysia. Tetamu utamanya ialah MB TERENGGANU dan Ustaz Tuan Ibrahim. Artis jemputannya ialah fitri haris UNIC. Sepanjang di Leicester tak jumpa lansung orang melayu. Kat sini punyalah ramai jumpa. Tetapi yang paling menyeronokkan ialah bila dapat jumpa rakan2 seperjuangan dulu. MashaAllah masih istiqomah semuanya. Family aku pun seronok duduk situ lama2.










Ingatkan nak singgah kejap, sekali lama sebab kami solat semua terus kt sini. Walaupun banyak makanan malaysia, tapi malas nak beli sebab tak rindu pun. Aku pula menanti kot2 Cha dengan Hilfi mai. Sekali x de rezeki. Pejam celik pejam celik pukul 2.30 baru kami keluar dari sana.






Tempat seterusnya ialah Rusholme street yang memang terkenal dengan makanan halalnya. Target nak rasa Bbq lamb rib dengan Falooda. Apa-apapun sebelum tu makan nasi dulu.








Lepas makan nasi, aku dengan confidentnya bawak diorang berjalan ke kedai Moonlight. Selepas berjalan 10 minit tak jumpa2. Dah la angin kencang sungguh. Oleh kerana tak tahan dengan kesejukan maka kami berpatah balik ke kereta. Tengok map, rupa2nya kat depan kedai nasi tu je. Ketuk dahi.



Fahmi tiba2 mencadangkan untuk kami ke Liverpool sebab dia nak tangkap gambar di Anfield. Dan kerana anfield ni adalah kawasan pelabuhan maka mak aku pun macam terpengaruh juga. Tapi hari dah malam dan semua sangat penat. Maka aku cadangkan pulang sahaja ke Leicester dulu.


Malam tu kami sampai leicester dalam pukul 7 petang. Sampai2 semua berehat secukupnya. Memang penat. Esok adalah hari terkahir kami di Leicester. Family aku mungkin rasa dah boring duduk di Leicester. Tapi aku masih belum rasa cukup lagi.


Bersambung...