Monday, 30 December 2024

Kembara mencari Ubat Rindu bahagian 1: Perjalanan

Bismillah

Sebaik sahaja passport aku mati tahun 2014, aku tidak lagi menjejakkan kaki ke luar negara. Ye. 10 tahun menahan rindu. Hinggalah pertengahan bulan november baru ni, bagitahu bini, jomlah kita buat passport.


Cadangan asalnya nak balik teluk intan baru buat. Tapi 27hb nov terus ke imegresen seberang jaya dan alhamdulillah terus siap beberapa jamnya. Dapat laluan khas sebab bawak baby dan aku OKU. Haha.


Tengah harinya, aku terus buka website MAS, saja2 cari tiket. Bgtau bini "jom pi UK jom?". Isteri aku ingat main2, apatah lagi bila aku memilih 18hb dis sebagai tarikh untuk terbang. Ye, jarak 3 minggu je. Tapi itulah aku, terkenal dgn plan last minitnya. Dan selalu menjadi!!!


Petang yang sama isi borang semua, mintak kelulusan pentadbiran dan macam2 lagi. Dan semuanya selesai dalam satu hari. Agak gila kejenya. Maka kemudiannya Allah bagi macam2 rasa ketakutan. Ok ke nak bawak iman?. Lepas ke imegresen nanti? Boleh ke drive kereta manual? Macam2 lagi yang menyebabkan selalu tidur lewat memikirkan benda2 ni.


Hari kejadian, kami singgah di rumah kaklong di Klang. Bermalam dan bertolak ke KLIA jam 4.30 pagi. Sampai KLIA pukul 5.15 pagi dan berlepas jam 9.45 pagi. Flight 4 jam ni tersangatlah dahsyat. Sakit pinggang bukan main. Tetapi yang kami risaukan ialah Iman. Risau meragam. Alhamdulillah semuanya baik2 belaka. Iman tido berselang seli dengan tengok tom n jerry. Tak banyak menjerit. Cuma penat memangku.










Kami sampai di terminal 4 London Heathrow sekitar jam 4 petang. Dan dari sinilah bermula semua yang aku risaukan tentang imegresen dan kereta. Sampai2 kat imegresen kami je foreigner yang beratur. Berebut pegawai imegresen nak interview. Dapat pakcik tua yang sangat baik. Dan mudah sebab semua dokumen aku dah print dari awal.


Masalah terbesar kami ialah mau ambik kereta sewa di terminal 5 heathrow. Walaupun di airport yang sama, tapi jarak nak ke sana dlm 45 minit punya jauh. Adik aku kata kita redah je tengok mcm mana nak ke sana. Dengan bantuan pakcik imegresen tadi, kami dicadangkan untuk naik train percuma ke terminal 2,3. Dan kemudian tukar train ke terminal 5. Dari terminal 5 akan ada bus stand no 26 dan 27 yang disediakan khas untuk bawak penumpang ke tempat sewa kereta.


Sampai2 luar airport masing2 menghembus nafas nak tengok berwap winter2 gini. Memang itu antara sebab utama aku bawak isteri ke sana. Supaya semua yang aku selalu cerita itu dpt dia rasai sendiri


Perjalanan kami ke Leicester mengambil masa 2 jam 15  minit sahaja. Sampai2 leicester terus aku suruh singgah narborough road beli chicken maryland. Sekali cawangan ni rasa hampeh. Haha. Waktu check in apartment tersalah ketuk apartment orang lain. Apepun, apartment tersangatlah cantik dan selesa. Walking distance ke pekan leicester. Apepun tido dulu. Esoknya baru kita p jalan.


Bersambung...