Tuesday, 4 October 2022

ALC 2022: DAPUR DAN MAKANAN

 Bismillah.

Urusan dapur kali ini diberikan kepada G21 yang mempunyai banyak pengalaman di kolej. PDT diorang dah merasai dua kali ramadhan di kolej. Setiap ramadhan je hidang makanan untuk 500-600 orang. Jadi, setakat 100 orang ni tak banyak masalah inshaAllah.

Strategi kali ini juga lebih mudah iaitu makanan utama ditempah dan diuruskan oleh sis kudou. Sebab dia orang baling. Tapi yang tak syoknya dia sendiri tak dapat datang. Nasi, lauk ayam dan sayur semuanya sudah siap dimasak, manakala ajk dapur hanya menyediakan menu tambahan seperti papadom dan telur.

Kelebihannya boleh fokus pada menghidang, membasuh dan mengemas dapur. Tidak seperti tahun2 sebelum ni yang semua kepenatan nak siang/basuh ayam bagai.


Cuma portfolio ajk dapur ditumpukan juga kepada penyediaan makanan tambahan untuk fasilitator, tetamu dan juga makanan ringan peserta. Untuk makanan tambahan fasi, sempaylah sambar udang dan sotong untuk dibuat buttermilk.

Menariknya makanan "ringan" peserta ini ditaja sepenuhnya oleh alumni merentas generasi. Jadi, untuk makanan memang takde masalah bajet.


Senarai makanan ALC:

- nasi lemak
- kuih muih
- Ayam kicap+sayur paprik
- ROTI JOHN
- Ayam merah+tomyam sayur
- BBQ(fasi)
- maggi cup
- bihun singapore
- roti canai
- kari ayam + sayur kobis

Yang seronoknya kali ini, ada isteri sendiri yang memantau urusan di dapur. Segala idea yang dibincang dirumah, disalurkan dengan baik pada ajk dapur. Cabaran paling besar ialah bihun goreng. 5.30 pagi dah bangun goreng. Nasib baik sedap.





Minuman.

Team buat air diuruskan oleh muslimin G21. Selalunya air ni lah yang kelam kabut. Sebab setiap 3 jam mesti buat air baru. Tapi kali ini urusan air laju dan tersusun. Antara sebab besarnya, ANC sudah ada tong pemanas air yang besar. Memang nak dapat air panas jadi senang tak macam dulu2. Dulu asyik kena berebut dapur.

Air pun sedap2. Kesan pengalaman bancuh air sepanjang ramadhan.. 


Kemahiran dan pengalaman.

Perasan ajk2 dapur yang datang ni macam dah lama tak masuk dapur kat rumah. Mungkin sebab dah ada "emak" yang berperang di dapur. Kemahiran team dapur ini bukan sekadar memasak, tetapi turut tertumpu kepada kemahiran membuat keputusan.

Dan pengalaman menyusun masa, kerja dan pembahagian tugas, semuanya adalah radas dalam mematangkan gerak kerja mereka sendiri kelak. Paling tidak pun, akan menyusun jadual hidup mereka. Bagaimana berinteraksi dengan rakan2 sekerja lain, tolak ansur, empati semuanya tak payah di ajar dalam kelas, inilah tempat menuntutnya.




Terima kasih atas komitmen semua.

Jumpa lagi

Saturday, 1 October 2022

ALC 2022: MODUL

 Bismillah.

Alhamdulillah, telah berlansung kem anc pada 23-25 september yang lepas. Kali ini, kita buat di baling plak.



Buat pertama kalinya

Modul ALC dirangka oleh cikgunya sendiri. Oleh kerana ramai alumni dibentuk untuk Siyasah, maka kurang ramai yang mahir dalam pembinaan modul tarbiyah dan dakwah. Memang perasan, masih kurang yang mampu menjadi naqib/ah penjentik hati.



Modul kali ini memerlukan bacaan yang agak banyak. Kesibukan berprogram dan bermesyuarat di kampus, sangat baik untuk mengheret kembali para alumni dengan pembacaan dan penyentuhan hati semula.


 

Orang2 di kampus mungkin melihat mereka kuat, rajin, "ganas" dan matang. Tetapi aku melihat hati mereka masih belum kuat terima ujian, masih mahu diraikan sifat kebudak2an dan sudah tentu masih perlukan orang memantau amalan harian mereka. Kerana itu, modul kali ini membawa alumni sendiri kepada basic. Agar kuat menempuh alam2 yang menyakitkan selepas ini.







Cantiknya modul kali ini ialah apabila alumni mengolah dengan cara yang cukup baik. Aku hanya beri isi dan bahan, mereka rempahkan menjadi menu yang menarik. Tahniah dan terima kasih. Semoga dapat sesuatu.