Bismillah.
Baru-baru ni dipaksa buah rumah terbuka. Haha. Akibatnya, kita pun paksa semua batch bawak juadah.
Kalau dibilang, lebih kurang 40 orang yang hadir tak termasuk kawan isteri. Cadangan asal nak pasang khemah, tp mcm x berbaloi. Oleh kerana khudratnya berdua, maka sekali lagi paksa budak2 ni tolong macam-macam. Sebab tu datang rumah cikgu jangan pakai lawa2 dulu.
Semua generasi ada wakil. Cuma g16 ni yang pelik sikit sebab muslimatnya ramai duduk dekat2, tapi tak mau datang. Takut cikgunya berleter pasal kawin.
Dan sebenarnya. Tarikh dipilih ini juga tarikh istimewa. Ulang tahun perkahwinan. Tapi tulah yang peliknya, org selalu sambut berdua je, kami sambut dengan diorg ni. Tapi yang bestnya, dapat kek!!!
Lepas habis makan-makan semua, ajaklah anak2 dara pi jalan kat setia fontaines. Yang bujang2 semua pi kolej tolong wida' adik2. Diorg kalau jumpa kamera memang pelik sangat. So, lepas tangkap beberapa gambar, culik isteri lari balik rumah awal. Haha
Banduan dan Budi
Seronok tengok budak2 ni
Datang pakai tudung labuh
Dengan hiasan besi di gigi
Lima minit je kunci mulut
Hadir sorang mula mengusik
Habis berdekah memecah sunyi
Bila mereka menjadi orang hebat
Mereka bertatih menyembunyi kelemahan
Menutup topeng kenakalan
Membawa pergi tawa dan senyuman
Tiada satu pun dari ini yang mereka mahu
Tetapi itulah yang mereka perlu
Jadi tegas
Kelihatan terhormat di mata adik2
Hingga terbina penjara selidi
Dalam hati mereka sendiri
Tugas aku
Melarikan mereka sebentar dari penjara
Bertemu banduan-banduan lain
Yang pernah berjenayah
Dengan kenakalan dan kebodohan sama
Satu ketika dahulu.
Tapi begitulah
Bukan semua banduan mahu lari
Berpuluh kali aku panggil
Masih ramai yang tidak ke mari
Risau putus suara merpati
Satu surat pun tak terbang nanti
Orang mengenal bodoh engkau
Lebih bijak mencari budimu
Beribu ilmu yang engkau beri
Tetap budi yang mereka ingati
Terima kasih untuk ziarah sebentar
Dan hadiah
Sekeping gambar