Bismillah.
Dah 3 bulan blog ni kosong. Tempoh paling lama kot.
Sebenarnya aku dah kahwin. Haha
Genap 3 bulan.
Kahwin dengan orang yg sama2 pemalu, sama2 x aktif media sosial. Haha. Akibatnya, hampir semua org kami x bagitahu kami nak kahwin. Tup2, tersebar macam-macam.
Sebenarnya banyak je aku menulis. Cuma bukan di sini. Jom la tengok sikit
Penghebahan orang2 sunyi.
Yang paling menarik dari hari hebat semalam ialah bagaimana dahsyatnya ia terhebah. Aku bukan sekadar merahsiakannya, tetapi tidak punya medium mahu menunjuk2nya. Tiba2...
Satu gambar yg diberi kepada si sufi sebaik akad nikah, dan satu video doa yg dimuatnaik oleh adik ipar, tiba2 hampir semua org yg mengenali diri memilikinya.
Bermula dgn "anak2 buah", student sendiri, satu kmpp, pensyarah unit fizik, pusat islam, baru unit matematik sendiri. Terhebah pula pada semua pensyarah kmpp, bersambung matrik semalaysia, kawan2 kpm uk, kawan jemaah uk, kawan2 belajar UK dan bersambung list nya..
Ye, 2 bahan itu sahaja. Dikongsi beratus orang yang tahu aku tiada hidup di alam maya. Dahsyat.. bagi aku ia tanda sayang, juga ingatan dari orang2 yg lama sungguh aku tak jumpa.
Dan ternyata, manusia sangat suka "rahsia" dan "sembunyi".
Adik aku pun kahwin
Berkebun
Sembang dgn org rumah.
"Kita ni dah mcm pakcik makcik kat kampung. Pasangan lain main tiktok, layan insta, main PUBG, pi shopping bagai. Kita plak menanam sayur, shopping pasu tanah, gali ubi kayu, naik motor hantar betik,ubi kat jiran. Haha. Sorry la ye.."
Next projek, ternak timun.
Nasihat Kosong
Sejak berteman
Aku bertalak dengan mata pena
Kertas yang dulu kosong
Sedang penuh dengan lukisan
Tiada ruang untuk tulisan
Tiada apa yang pelik
Kerana itu..
Orang muda perlu cermat
Kerana hati yang dikosongkan
Lebih banyak ruang kosong
Dari hati yang kosong.
Sekian dari syuib0809