Saturday, 15 August 2020

Kisah OKU, selesema dan APCnya.

 Bismillah

Selepas sahaja raya haji. Mula bertungkus-lumus untuk menerima pelajar baru di kolej. Sesi ini, aku diberi tugas untuk menjaga lalulintas. Dan lebih specificnya menjaga sukarelawan. Hari-hari datang pukul 7 sampailah hari khamis. Oleh kerana SOP Covid yang agak ketat, tugas jaga lalulintas tidaklah begitu banyak. Maka kenalah jaga kawasan pelajar drop barang yang sgt2 "lama". Hari pertama, balik rumah terus demam. Tapi lepas makan panadol, terus baik. Hari sabtu minggu lepas, sukarelawan pun balik.

Anak-anak dara dari pantai timur dah nak naik bas. Zulfa bagi serunding dgn kerepak hispter. Cuma aku konfius memang hancur ke apa kerepeknya. Tapi sedap

Hari sabtu yang sama, menerima kunjungan para alumni. Bilangan yang pada asalnya ramai, menjadi berkurang kerana SOP temuduga ANC yang terpaksa diubah berikutan COVID-19. Alhamdulillah 2 orang anak dara dari KL pun turun. Demam yang sudah surut selasa lalu tiba-tiba naik mendadak. Tidur sehingga tengah hari, sampailah orang2 bujang dan anak dara datang sebab nak masak.


Dapur bujang, tiba-tiba anak dara meriahkan. Sorilah, memang dapur kecik lagi. Nak renovate, tapi rasa tak penting lagi. Kita nak buat homestay utk diorang dulu. Ketua chef si teah.

Buat pertama kalinya rumah ni buat makan-makan. Aku secara jujurnya "kurang" suka orang datang rumah. Tapi tulah, seperti peribadi2 aku lain, segalanya mesti kalah dan berubah disebabkan budak-budak ni. Sebab itu aku rasa kuasa "sayang" ini adalah benda yang bahaya tetapi menakjubkan. 

Muslimat makan-makan dalam, muslimin kat luar. Layan jap anak2 dara ni. Paling tua, kak ain.

Malam itu, lepas isyak barulah mula makan. Macam-macam makanan. Bbq, steamboat, nasi goreng, sphagetti, coleslow, kambing bakar dan banyak lagi.  Cuma sayangnya, malam tu demam makin parah. Maka aku berundur awal.

Anak-anak dara yang hadir. Kesian diorang ni, terpaksa tempah homestay. Aku punya azam nak buat homestay kecil supaya senang diorang datang. Tapi tulah, kalau habis duit kat situ, habis teruih duit "kawen". Nak tunggu diorg kaya sponsor homestay lambat lagi kot.


Pagi esoknya, aku mengelak untuk ke surau kerana sindrom2 tersebut. Kejut budak2 ni bangun subuh, tapi cikgunya sembahyang sendiri. Lepas subuh, mintak diorf baca almathurat sama-sama. Dan kemudian bagi pengisian yang tidak berplan. Seronok. Jujur aku lebih seronok melihat amal berjemaah sebegini melebihi kesukaan melihat mereka berjawatan.

Kita baca adam punya caption lah eh


Hari isnin, demam dan selesema semakin parah. Hari pertama PdP, rasa sayangnya sangat nak tinggal kelas. Tapi sebab hidung dah berair habis, maka mintak jugalah orang ganti. Makan panadol, ubat batuk dan sebuah ubat khurafat iaitu aiskrim. Budak2 ni lah punya idea. Dan kerana dioranglah, aku "kalah" lagi.


Punyalah lama tak beli benda ni. Tetiba pagi ahad diorg kata ada satu dalam peti ais, muslimat tak makan. Lepas rasa sedap, aku pun pi beli lagi. Murah je rupanya. Haha

Hari selasa, aku ada 2 meeting. Demam dah berkurang, tetapi tiba-tiba jadi pekak. Masuk dua2 meeting satu benda pun tak dengar. Duduk meja, orang ajak sembang pun sama tak dengar apa. Last2, lariiiiiii...

Esoknya, ada masa rehat, aku mencari ubah untuk telinga. Berbaring dgn titisan2 di telinga. Jumaat pagi akhirnya dapatlah dengar sikit.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Hampir setiap tahun sejak 2016, aku terlibat dengan persiapan tempat. Entah kenapa, tahun ni orang tak panggil, tapi still tanya aku pasal photobooth. Hari isnin, tiba-tiba dapat mesej yang aku terima APC. Haha. Tak expect sebab aku antara pensyarah yang "nakal" dan suka buat hal. Haha.

Yang lawaknya sepanjang 3 hari sebelum APC, aku duk pening menguruskan pakaian. Diorang nak semua pakai baju kemeja putih dan tie merah. Dua2 aku takde. Nametag plak dah teruk sgt. Ambik marker dgn liquid paper, pi hitamkan dan putihkan balik. Haha. Dah lah bujang, baju semua gosok sendiri. Sebagai orang yang tak minat bergaya, pakai sahaja apa yang ada.

Takde kemeja putih, pakai hijau punya yg dah lama tak tak pakai. Tie pinjam irfan. Nametag sorok dulu. Huhu 

Blazer dari tahun 2009. Asal muat kita pakai.

Mudah-mudahan dengan anugerah ni, menjadikan aku lebih semangat untuk jaga budak-budak ni. 


Sekian dari syuib0809.