Bismillah
Bulan 11 tahun lepas, aku tiba2 tak menyabar nak bawak family ke Turki. Maka terbelilah tiket bertarikh betul2 seminggu sebelum puasa.
Kali ni antara tujuan utama adalah untuk main salji. Nak bagi isteri merasa sentuh salji setelah gagal ketika p UK hari tu. Cuma kembara 8 hari kami hanya sekitar Istanbul dan Bursa. Tak sesuai nak p jauh2 sebab bawak budak kecik. Tapi itu pun full jadual.
Berikut itinerary 5 hari 4 malam di Istanbul. Terpaksa tulis ringkas je tak macam waktu pi UK dulu:
Khamis:
Turun kat sabiha airport, terus naik teksi ke kawasan penginapan iaitu Tophane. Memang dekat gila dgn station tram T1. Oleh kerana dah petang dan penat, maka cari makan area situ je dan tido.
Jumaat:
Awal2 pagi menghala ke SultanAhmet. Kat sini ada Hagia Sofia n Bluemosque. Kami subuh kat sini. Lepak2 jap n then p Sirkeci jalan2. Tengah hari solat jumaat kat Masjid Tophane dan petang ke Taksim Square/Istiklal Street.
Sabtu:
Oleh kerana masih lagi Jetlag, kami bangun subuh di Tophane mosque. Kemudian menghala ke karakoy, berdekatan galata bridge untuk breakfast. Tengah harinya ke bahagian asia iaitu Kadikoy dengan menaiki feri melintasi bhosporus. Ingatkan kejap je kat situ sekali punyalah lama. Kami naik dari eminonu. Malam kami pusing galata port. Lawa
Ahad :
Mendaki ke Galata Tower. AirBnB kami sebenarnya dekat gila dengan galata tower ni. Tapi dia punya curam mashaAllah. Xde apa pun galata tower ni. Tengah hari mencari souviner area Grand Bazaar, tapi tutup. So terus ke station Gulhane yang terkenal dgn kedai souviner mesra org Malaysia. Tapi memang sungguh hari ni. Jalan kejap di Gulhane Park n then pulang. Senja2 tu, aku dan isteri berjalan2 sepanjang jalan antara Tophane dan kadikoy. Sangat menarik jalannya yg penuh dgn kebab ikan.
Isnin :
Pagi2 dah check out untuk ke airport sebab nak ambik kereta sewa ke Bursa.
So next part cerita pasal Bursa plak


































.jpg)























