Saturday, 15 December 2018

Gubah

Bismillah.

Sedikit catatan tentang satu bulan ini. Bermula november lepas, aku kembali mengubahsuai rumah untuk fasa yang kedua. Jarak masa lebih kurang enam bulan, aku mengubah cara menggubah. Oleh kerana antara top post dalam blog ini ialah penulisan mengenai wallpaper, maka aku kongsikan sedikit pengalaman bagi mereka-mereka yang mahu renovate rumah dengan kos yang mampu bayar. Haha. Mudah-mudahan bermanfaat.

Dalam fasa yang pertama, aku mengupah contractor sepenuhnya untuk menukar tandas yang sudah lama tidak berusik. Oleh kerana pertama kali, maka hanya satu tandas sahaja yang aku gubah dahulu, sebab tak tahu contractor tu buat lawa ke tak. Yang mana kos untuk ubahsuai tandas tersebut seingat aku ialah RM2400 termasuk singki dan tangki jamban yang baru.

Keadaan asal waktu masuk. Ni tandas luar.

Ni selepas renovate. Tukar bawah. Dan tepi tinggi lebih kurang 5 kaki sahaja. Dan jujur, warna dia agak ermm.



Gubah Tandas.

Dalam fasa yang kedua, aku sendiri yang design "bentuk" tandas, beli mozek/tile, barang-barang dan mencari orang untuk memasangnya. Buat pertama kali dalam hidup, pasaraya utama yang menjadi kunjungan aku hampir 3 kali seminggu ialah pasaraya bahan binaan. Jujur, sangat banyak yang aku belajar daripada jenis mozek, jenis simen dan bermacam2 lagi. Dan usah terkejut bagi yang baru berkenalan dengan dunia binaan, kos bahan-bahan tersebut hanyalah 1/4 daripada jumlah keseluruhan yang anda bayar pada kontraktor. Ini sedikit kira-kira kasar bahan yang aku beli untuk gubah tandas kali ini.

Mozek: RM5x90keping: RM450
Tingkap: 1x3 kaki: RM150
Sinki: RM160
Tangki flush: RM45
Cermin muka: 2x3 kaki: RM90
Simen: RM13x3: RM39
Simen gam: RM18x2: 36
Pasir: tak sampai RM50

Keadaan asal tandas

Singki dah berkarat. Walaupun aku tak guna tandas ni, tapi tengok pun dah rimas. So, tukar


Upah pekerja.

Strategi renovation aku kali ini ialah mencari tukang rumah yang membuat kerja sambilan. Dengan kata lain buat OT la berbanding kerja tetap. Sebab utamanya adalah mereka tak terdesak, dan aku juga tak mendiami rumah tersebut. So, boleh je diorang bekerja diluar waktu pejabat. Namun begitu cabarannya sangat besar. Dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Pekerja pertama yang aku upah ialah orang bangla kerja kat kedai hardware. So, lepas habis kerja, terus datang rumah buat kerja sampai pukul 9 malam. Masalah utamanya ialah mereka sangat kepenatan dan kadangkala kerja lebih masa di kedai. Pukul 7 malam baru nak datang rumah. Ditambah plak musim hujan, maka sangat susah diorang nak datang sebab diorang pakai motor. Selepas dua minggu, hanya berjaya pecah tile lama je. Dan pernah tiga malam berturut-turut tak datang sebab kepenatan. Akhirnya diorang tarik diri, dan mencadangkan kenalan diorang orang Rohingya untuk ambik alih. Tak sampai dua hari, siap terus.

Ada beza ke upah orang sebegini dan contractor biasa? Ye ada. Berbeza dan sangat berbeza. Ketika aku survey, orang pertama(sederhana mahir) mintak RM2000 sebagai upah. Orang kedua, contractor melayu minta RM3600 sebagai upah sahaja. Manakala orang rohingya ini aku bayar RM800, upah pecah rm200 dan pasang tile RM600. Oleh kerana kerja diorang bagus, aku bayar lagi untuk pasang singki dan beberapa alatan lain yang menjadikan total upah hanya RM1300 sahaja. Elok ke? Boleh percaya ke? Nah, ini hasilnya.

Ni waktu renovate tandas ni fasa satu

Idea dapat waktu pi kursus kat hotel. Seminggu duk kaji kenapa tandas hotel lawa. Rupanya ada tricks kecik2 yg orang terlepas pandang.

Aku buat tinggi 9 kaki. Untuk harga bawah RM2500, bagi aku sangat2 berbaloi. Aku pernah survey, contractor mintak RM7000. Perghh

Puas tengok muka sendiri. Haha. Hampir setiap hari bertapa dalam ni. Sanggup mandi kat sini berbanding kat quarters kolej.


Tamatnya fasa2.

Semalam, tamat sudah fasa ubahsuai yang kedua. Oleh kerana berpuas hati dengan hasil kerja orang rohingya tersebut, aku kembali mengupahnya untuk pasang jubin di ruang tamu dan dapur. Sekali lagi, menambah ilmu tentang jubin 2x2 kaki. Harga biasa jubin jenis ini sekitar RM12-15. Yang kualiti boleh mencecah rm25 sekeping. Aku plak, hanya pilih yang tengah promosi iaitu RM10 sekeping. Hehe.

Ni jubin 2x2 kaki. Jadi tempat melepak dah sekarang

Kawasan dapur tambahan yg baru diubahsuai. InshaAllah akan bersambung dengan pemasangan kabinet 5 bulan lagi. Kumpul duit dulu. Tapi dh survey dah. Huhu


Menariknya untuk fasa kedua ini juga, aku bertekad mahu membuat wiring, pasang lampu sendiri. Setelah boring dengan ilmu PA sistem, lighting dan truss, aku rasa ilmu baru ini sangat bermanfaat untuk dipelajari. Bayangkan upah orang pasang 2 biji lampu pun dah dekat rm60. Rupa2nya takdelah susah sangat. Cuma, aku masih lemah ilmu nak drill dan kesian tengok tangga asyik bengkok je. Kahkahkah. Berjaya pasang dua lampu di tandas. Dan dua updown light masing-masing di ruang tamu dan bilik.

Updown light. Berpeluh pasang sebab tak tembus lubang. Last2 paku je

Pasang kat tandas. Lawaknya, mula2 satu hidup, satu x menyala. Lepas tu satu berkelip2 plak. Hilang betul ilmu kemahiran hidup. Last2 baru dua2 hidup. Tapi dah tukar lampu kuning, lagi lawa.


InshaAllah minggu depan akan bercerita pasal ini plak. Sangat banyak perkara untuk diperkatakan.

Buat mereka2 yang kerek tak mau datang


Sekian dari Syuib0809

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. dorg bukan xmau dtglaa cikguu. dorg tk cuti. kalau sesi lepas buat time bulan 1 rmai cuti sem (bekap member)

    ReplyDelete
  3. Sorry cg..ada program x sempat nak p sana

    ReplyDelete
  4. Perghhh... Semua gaya macam dah beranak lima sibuknya

    ReplyDelete