Thursday 29 July 2010

Penceramah Bebas?

Bismillah

Setelah tamat program BOOM 2010, aku sepatutnya akan lapang beberapa hari, sebelum bertolak ke Shah Alam untuk program predeparture MOC. Namun begitu, jangkaan aku amat meleset sekali apabila disibukkan dengan program lain yang tidak lnsung pernah masuk dalam jadual aku, sepanjang cuti musim panas. Sewaktu kembali ke SEMESTI untuk berbincang mengenai BOOM 2010, kaunselor dari kg Bahagia juga turut bersama dengan kami. X sangka pulak beliau akhirnya berminat dgn program tersebut.

Tapi oleh disebabkan kepayahan nak mengumpulkan fasilitator, aku mengambil pendekatan untuk buat kecil-kecilan je. Sementara Azian yang duduk di teluk Intan ade, aku mintak dia ni untuk bagi perkongsian sekali sebelum pulang ke India jumaat ni. Begitu juga Lisa yang duduk di Bidor. Sepatutnya yang selayaknya bagi ialah Bayern, sebab die bekas budk sekolah kg bahagia. Tapi sayangnye, mamat ni dah balik ke Australia minggu lepas. Jam 11.00 pg, segalanya bermula..

Cikgu Hasnan, kaunselor Sekolah Kebangsaan Kg Bahagia

Antara pelajar darjah 6 yang hadir

Ni die pelajar perempuan. Memang diorang lagi ramai dari pelajar lelaki

Tak sangka aku pun khusyuk dengar ceramah lisa ni
Tersalah upload gambar, tapi alang2 dah upload bubuh jela

Program di Sekolah Kebangsaan Kg Bahagia akhirnya tamat pukul 1.05 tgh hari. Di akhir sesi itu, tetiba kaunselor dari sekolah st anthony pula datang menghampiri kami. Beliau yang berada di belakang memerhatikan perkongsian kami, tetibe menghulurkan jemputan untuk sekolah kelolaan beliau pulak. Tanpa banyak bicara, kami hanya memenuhi permintaan beliau untuk pergi ke St Anthony keesokan harinya pulak.

Lisa yang tinggal di Bidor membuat keputusan untuk bermalam di rumah Azian malam tu. Kali ni, program akan bermula awal pagi, jam 8.30 pagi. Aduih, tetiba pulak jadi penceramah bebas tengah cuti2 ni. Kalau di SKKB kami bebas bercakap mengenai Islam dan lebih mudah kerana semuanya orang melayu, tp di st anthony kami terpaksa berhadapan dengan 3 kaum yg berbeza2. Ditambah pulak semuanya pelajar lelaki. program berlansung dari jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi.

Aku selaku pnceramah pertama memulakan program.

Pelajar2 lelaki yang hadir sedang bersenam

Hmmm, no komen

Apapun, terima kasih kepada Azian dan juga Lisa yang sudi meluangkan masa untuk perkongsian bersama adik2 semua. Azian yang hanya pulang ke Malaysia selama seminggu betul2 mengisi masa yang ada dengan penuh manfaat. Memang Allah nak bagi peluang kepada dia ni untuk berbakti kepada orang ramai kut. Alhamdulillah.

Mudah-mudahan Allah terima amal ini..
Sekian untuk hari ini.

Monday 26 July 2010

OMEGA.. Reunion Dorm B2..

Bismillah..

Tak taulah kenapa, tapi tetibe aku nak tulis pasal budak DORM aku. Pertemuan kami di SEMESTI baru-baru ni mengubat rindu setelah 4 tahun meninggalkan sekolah. Form 1 dengan form 2 aku tak pernah dorm dengan diorang. Kelas pun lain2. Tapi dari form 3 sampailah form 5 kami duduk dalam dorm yang sama malah katil dekat-dekat lagi tu. Baith punye katil atas aku manakala sopek plak tepi katil baceh. Ni dia budak2 dorm aku dulu..

Abdul Baith a.k.a Baceh. Hensem?

Mohd Saufi a.k.a Sopek. Kadang2 aku memang tak paham dengan die ni. Tengoklah tu

Aku yang bernama Izuan a.k.a Bain

Walaupun diorang ni nakal, tapi bila bab study memang diorang gempak. Aku kalau sopek mungkin leh lawan lagi, tapi baceh memang tak mampu aku nak lawan. Tapi dorm dengan diorang menyebabkan aku lebih semangat nak study lebih kuat. Tapi dalam masa yang sama, banyak gak bende nakal yang diorang ajar aku sepanjang 3 tahun berada di SEMESTI.

Dalam Dorm B2 time form 5

Gambar penuh. Alhamdulillah aku simpan lagi

Sekarang, kami semua sudah jelas dengan cita-cita masing2. Alhamdulillah, kami semua berjaya mendapatkan biasiswa dalam bidang yang berlainan. Aku sekarang belajar di UK dalam bidang Matematik, Sopek kat UTP ambik Engineering dan Baceh kat Ireland ambik Medic. Alhamdulillah, kami bertiga akhirnya dipertemukan kembali di BOOM 2010. Masing2 sudah semakin matang dan professional. Haha.. Tipu je.

Sama je diorang cam dulu

Ni wajah terbaru kami selepas 4 tahun meninggalkan SEMESTI. Baceh dengan baju Barcelona yang sama.

Mudah-mudahan hubungan ini berkekalan sampai bila2. Bertemu dan berpisah kerana Allah InshaAllah. Hanya kami bertiga dan Arman Husni yang tinggal di sekolah sampai tengah hari. Lama gak bersembang. Akhirnya kami pergi ke rumah Lisa dan pulang kembali ke rumah masing2 jam 2.30 petang.

Di depan rumah aku. Sopek dengan baju yang sama ketika kami bergambar kali terakhir di tingkatan 5.

Semoga berjumpa lagi.
Sekian..

Sunday 25 July 2010

BOOM Semesti 2010..

Bismillah..

Boleh dikatakan hampir seminggu aku tak melekat di rumah. Perjalanan aku akhirnya berakhir di program BOOM SEMESTI yang memang sudah lama kami rancangkan. Hendak mewujudkan benda yang tiada atau baru, seamat-amatlah susah. 7 Bulan yang lalu idea ini dicetuskan dan akhirnya berjaya jugak dilaksanakan. Cabaran paling hebat sudah tentulah apabila nak mencari dan mengumpulkan fasilitator.

Bertolak dari rumah hari jumaat petang, aku singgah di pekan teluk intan dalam perjalanan menuju ke SEMESTI. Hari tu, memang tak ramai fasi yang datang lagi sebab program hanya akan bermula sabtu tengah hari. Yang ada malam tu hanya sopek, caom, reman, sogeh dan beberapa orang muslimat. Aku mintak diorang bincang tentang satu slot yang masih belum selesai iaitu eksplorasi pintar. Dan esoknya, bermulalah segalanya..

Aku selaku pengacara majlis memulakan bicara untuk program BOOM 2010

Antara rakan2 fasilitator yang hadir

Ni dia pelajar2 tingkatan 5 yang dah amatlah besor

Slot bermula dengan talk mengenai erti berjaya sebenar dan juga perkongsian pengalaman dari Azian dan Lisa yang masing2 belajar di India dan Ireland. Habis je ceramah, terus dipecahkan kepada kumpulan2 dan LDK pertama pun bermula. LDK selama 1 jam setengah itu aku rasakan berjaya bila tengok diorang ni cam tak nak berenti je wat LDK walopun dah kul 4.50 petang. Alhamdulillah.

Seterusnya.. Eksplorasi pintar

Ni dia gambar kumpulan yang paling menarik

Gambar paling gediks.. Haha

Tak sangka diorang ni spoting je wat bende2 camni

Pada malamnya, brother Fadli Khairi yang kini sudahpun habis belajar di Russia pulak bagi talk. Bukan untuk tingkatan 5 je, tapi untuk semua pelajar SEMESTI. Aku bukan nak tipu, tapi memang sangat menarik talk beliau. Mana taknya, bekas debater SEMESTI kut. Pernah menjadi Johan Kebangsaan dalam perbahasan, memang mantap. Lepas berehat utnuk solat Ishak, LDK terakhir pula mengambil tempat.

Memperkenalkan saudara fadli khairi yang bakal berkahwin

LDK terakhir, nilah satu2nya fasilitator lelaki yang kendalikan kumpulan perempuan

Khusyuk je diorang ni dengo apa yg K.U cakap

Sekali lagi, LDK yang sepatutnya habis jam 10.45 tidak lansung dirasakan cukup bagi para peserta. Aku terpaksa berhentikan diorang dengan ucapan daripada Hilmi yang merupakan ketua umum ketika peserta2 ini masih bertatih di SEMESTI.

Talk by Hilmi K.U.. Kehidupan sebagai seorang pelajar MEDIC

Program yang sepatutnya habis jam 11 akhirnya diakhiri jam 11.35 malam. Dan menariknya, aku terpaksa arahkan mereka untuk keluar dari surau tersebut. Dan arahan itulah penamat kepada aktiviti BOOM kami yang dijalankan dengan penuh santai. Tak sangka adik-adik ni begitu memberi sambutan kepada fasi2 yang datang. Aku, memang sgt2 lah seronok tengok muka diorang. Mana taknya, kali terakhir jumpa sume kecik2 lagi, sekarang memang dah besar.

Esoknya, selepas makan sarapan nasi lemak di DM, fasi mula beransur pulang. Tiada kata yang lebih indah utnuk diucapkan melainkan Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan Fasilitator Sekalian. Mudah-mudahan aktiviti ini memberi seribu manfaat kepada kita semua InshaAllah.

Dewan Makan yang masih sama seperti dulu

Fasilitator2 yang tinggal pagi ahad bergambar kenangan dengan Cikgu Daud. Antara cikgu yang paling banyak membantu kami

Sekian untuk hari ni
Salam

Sunday 18 July 2010

Reunion ke, jalan-jalan cari makan?

Bismillah..

Rabu lepas, rakan-rakan aku d semesti datang ke teluk Intan. Nasib baik ade bayern yang tolong aturkan, kalau nak harapkan aku memang tak mungkin berjaya kut. Walaupun hanyalah reunion kecil-kecilan, tapi sangat seronok jumpe kawan lama. Mana taknye, 5 tahun hidup sama-sama. Perjumpaan kali ni dihadiri oleh dua orang budak Ipoh iaitu Reman dan Baceh..

Bayern, kamal dan reman sewaktu tingkatan 1

Sogeh, baith baceh dan reman bila dah besar

Reman dan baceh, kedua-duanya ambik bidang perubatan. Reman sekarang sambung belajar di India manakala Baceh plak di Ireland, UK. Shauqi a.k.a sogeh pulak dah habis belajar dan sedang tunggu untuk masuk kerja. Hebat diorang ni semua, masing-masing ada cita2 yang tinggi. Perjumpaan tu bermula dengan makan tengah hari di restoran Sutera Indah yang menampilkan makanan sangat mahal. Aduih..
Bersama menu masing-masing

Masing-masing ambik menu yang berlainan. Ade la gak yang ambik menu sama. Aku yang kuat makan jadi tukang habiskan makanan orang-orang yang tak kuat makan. Masa kami di situ dihabiskan dengan bersembg je. Lepas habis sembang, kami menuju ke masjid Teluk Intan untuk menunaikan solat Zohor. Habis solat, cadangnya nak nengok wayang, tapi xde cite best, maka kami terus menuju ke kedai Secret Recipe untuk makan kek. Hari ni hari jadi Azizan, budak rumah aku.
HBBJ? kek sepotong pun boleh tulis..

Tak silap aku maksud die Happy Birthday BiJan

Tauke ladang, doktor, cikgu

Doktor, menteri pertanian, cikgu

Secret Recipe bukanlah kedai yang sesuai untuk melepak kerana Harganya yang sangat mahal. Aduih.. Tepat je kul 5.30 petang, kami menghantar Baceh ke stesyen bas sebab mamat ni akan ke Hong Kong beberapa hari lagi. Huhu. Takpe, minggu depan boleh jumpe lagi. Waktu yang masih ade kami gunakan untuk bersiar-siar di hospital teluk Intan. pelik kan?

malam tu, sambung makan. Tak sangka budak semesti ade nafsu yang sangat tinggi rupenya..

Melatak satay bumbung biru

Reman dan otak-otaknya. Patutlah pandai..

Keesokan harinya, Rakan yang duduk sebelah aku di sekolah, firdaus a.k.a Caom datang pulak dari Tg Malim. Makin tua, makin bergaya si Caom ni. Itu tak penting, yang penting kawan2 aku masih memaintainnkan diri dengan tabiat lama iaitu suka makan. Pagi tu kami breakfast di KFC. Hebat kan?.. Makan petang pulak kat Pizza Hut. Menakjubkan? Haha..
Caom n the geng di Pizza Hut

Aku baru perasan rupe-rupenya tak banyak sgt gambar dalam kamera aku..
Sekian untuk hari ni..
Salam

Jemputlah datang lagi,,

Wednesday 14 July 2010

Raihan.. versi pejabat pun dah mantap..

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian video yang sangat best... Terimalah



Mantap kan? Ni lagi satu



Sekian untuk hari ni
Salam

Tuesday 13 July 2010

Muscom 0809.. satu-satunya di youtube

Bismillah

Hari ni aku tertiba tergerak nak bukak youtube dan search muscom. Tetibe, keluar video ni.



Walaupun aku tak berlakon dalam video ni, tapi rasa seronok sangat tengok video2 zaman kolej dulu. Lagi2 bergerak dalam MUSCOM. Haha

Tu je nak update..
Sekian

Thursday 8 July 2010

Patung putera yang menangis

Bismillah

Sebelum blog ni semakin bersawang, mari kita dengar sedikit cerita. Semoga dapat menjadi pengajaran dan muhasabah diri pada hari jumaat yg indah ini...

Pada zaman dahulu, ada seorang putera yang dikenali sebagai ''The Happy Prince'' (putera yang gembira). Semasa hayat baginda, beliau sangat gembira berada di istana, bersama kaum kerabat dan dengan kehidupan di istana yang serba mewah.

Jadi, selepas kemangkatan baginda, sebuah patung didirikan bagi mengingatinya. Sebuah patung bersalut emeas tulen, dengan pedang yang bertatahkan berlian ruby merah dan 2 biji Sapphire asli menghiasi mata baginda.

http://www.rosiemcnamara.co.uk/images/10081522happyprince.jpg
Pada suatu hari, seekor burung layang-layang yang sedang bermigrasi menuju ke selatan pada ketika musim sejuk semakin dekat, terjumpa tugu si putera gembira ini. Namun, ironiknya, putera ini sedang menangis. Lalu burung layang-layang ini bertanya

''kalau engkau putera yang gembira, kenapa engkau menangis?''

''Dahulunya ketika hidup, aku sangat gembira. Lalu selepas aku mati, tugu aku ini didirikan di atas tiang tinggi ini, lalu aku nampak kesengsaraan seluruh rakyat jelata di negara ini. Sebab itulah aku menangis''

Sambungan:







Sekian untuk hari ini..
Salam

Thursday 1 July 2010

Amira Mujahidah dan Malaysia

Bismillah.

Sekali lagi, sudah berabad aku biarkan blog ni seolah-olah tak berpenghuni. Bukan tak mahu update, tapi tak ade masa yang dapat diluangkan untuk mengupdate blog. Sebelum aku berangkat ke London, aku sempat singgah di nottingham jap untuk jumpa daus n the geng. Bukan apa, diorang ni tak akan pulang ke Malaysia untuk cuti summer ni. Atas sebab ini, aku pun membatalkan tiket ke london yang bernilai 1 pound je.

Sewaktu Izwan pegi ke Notts, die bagitahu yang ade seorang student nottingham yang baru bergelar ayah. Walaupun bukan senior aku di kolej, tapi aku kenal sebab selalu gak jumpa. Sewaktu di notts, sekali akmal amri pun ade kat rumah cha. Maka, lagi meriah lah notts tu. Sewaktu kami pergi ke surau universiti untuk menunaikan solat maghrib, terjumpa kawan Izwan yang sudahpun bergelar bapa. Maka, mintaklah izin untuk tengok anak die.

Amira mujahidah, nama diberi..
Keesokan harinya, kami pergi menziarahi beliau dan anaknya. Baru beberapa minggu je amira ni lahir. Aku yang akan bertolak ke london malam tu singgahla sebentar melihat baby yang comel bersama cha,daus, akmal batu dan akmal amri. Biar diorang ambik semangat sikit daripada ziarah kali ni. Tak sabo nak makan nasi minyak diorang.

Terlampau jelas bahawa bayi ini bukan keturunan si pemegangnya. Besar nanti, tengok balik gmbar ni ye amira.

Pak cik ni mungkin ada bau-bau bacang dengan bayi ni. Akmal(batu) ade hubungan saudara dengan mak bayi ni.

Majlis penyerahan bayi kepada cha sambil diperhatikan brother daus.

Ziarah kami ke rumah tersebut habis dalam 7.15 petang macam tu. Kami seterusnya bersiap-siap untuk pergi ke london. Sebelum tu, akan singgah sebentar di birmingham untuk ambik abang Cha. Diorang ni akan ikut aku ke airport keesokan harinya untuk ambik ayah dan adik diorang yang datang dari Malaysia. Dengan kata lain, aku tumpang diorang ke Heathrow Airport la nanti. Lebih kurang kul 2 pagi, kami pun sampai di london. Tidur di rumah Famy dan berjalan-jalan keesokan harinya.

Makan malam di birmingham

Di kota london untuk membeli belah. Bersama daus dan abang cha(adai)

Aku yang sepatutnya bertolak dar rumah jam 11 pagi, tetibe melambatkan perjalanan kami selepas mendapat mesej daripada Azizan. Azizan kata diorg akan smpai Airport dalam kul 1 tgh hari. Maka, aku rasekan kalau bertolak jam 12 tgh ari inshaAllah sempat. Sekali bila bertolak, abih jem kat banyak tempat. Memang gelabah sungguh la waktu tu. Tapi alhamdulillah sempat.

Kanak-kanak yang duduk sebelah aku sepanjang perjalanan dari London ke Cairo. Nakal tapi baik. Cuma last2 tu diorang tetibe berperang gune bantal.

London-cairo 4 jam
Cairo-Kuala Lumpur 10 jam
Kuala Lumpur-Teluk Intan berjam-jam

Antara pelajar-pelajar Malaysia turut sama pulang ke Tanah Air.

Akhirnya selamat gak sampai di rumah jam 12.30 malam.
Takde mood nak tulis dah.
Sekian.