Tuesday 16 May 2017

Sufi

Bismillah.

Baru pulang dari menanda kertas matematik PSPM. Masa untuk berehat dan menulis.

Minggu sebelum itu, aku mengambil cuti satu hari untuk menyertai pertandingan futsal anjuran Alumni Sekolah. Futsal itu bukanlah tujuan yang pertama, bertemu sahabat-sahabat "setumbesaran" itu yang menjadi impian utamanya. Sahabat-sahabat aku itu ketika di sekolah bersama, bukanlah orang-orang yang soleh dengan hati yang lembut. Majoriti kami termasuk aku, melalui fasa-fasa menjadi remaja muda yang pemarah dan panas baran. Bergaduh perkara-perkara kecil. Pasal team bola diminati, pasal perempuan, pasal kelas dan juga ketika di padang permainan.

Antara yang paling ditakuti ketika bermain bola dulu ialah si Dhiyau yang terkenal dengan kaki gaduhnya. Dia sepak kaki orang pun, dia jugak yang nak memang. Sorang lagi ialah "sungkai", aku pun dah lupa nama betul dia. Aduih. Pernah patahkan tangan sebab menumbuk dinding, akibat putuh cinta. Hehe. Gaduh pasal Main bola itu juga sudah menjadi perkara biasa bagi dia. Kami sekelas 3 tahun dan panas barannnya memang cukup aku kenal. Dan Alhamdulillah, kedua-dua sahabat lama ini kembali aku ketemu setelah buat kali terakhirnya pada tahun 2006.

Rumah Tarbiyah.

"dahsyat aku tengok hang sekarang ni, sabo je. Takde nak mengamuk-mengamuk macam kat sekolah dulu.." 

"biasalah bain, orang dah kawen.. Hari-hari menghadap tiga perempuan kat rumah..."

"anak hang semua perempuan ke?"

" dua perempuan bain, ni lagi sorang akan datang inshaAllah..."

Untuk pertandingan Futsal tersebut, aku dan bayern sekumpulan dengan Dhiyau a.k.a bulhalk. Antara kerisauan terbesar kami ialah kalau dia mengamuk dalam gelanggang mcm kat sekolah dulu. Tapi entah kenapa, aku tengok dia sangat tenang waktu main. Sebagai orang yang pertama kahwin dalam batch kami, mungkin dirinya jauh lebih sabar dan matang berbanding kami. Sungkai dan Bad jugak aku tengok sangat-sangat banyak berubah. Sayang mereka kepada isteri dan anak-anak melenyapkan imej sang pemberontak yang pernah muncul satu ketika dahulu. Ia tarbiyah yang hadir secara natural. Rumah tangga yang menundukkan amarah dan menghormonkan semula semua kasih sayang yang tersimpan dalam diri.

Batch 19th. Dhiyau yang paling tinggi belakang skali. Aku takdak baju sebab takdak wassap.
 

Sifat-sifat remaja aku pula masih kekal dalam diri. Kuat benar merajuknya. Dengan mak ayah nak merajuk, dengan kawan nak merajuk, dengan pentadbiran nak merajuk, dan lebih menjengkelkan dengan student pun aku nak merajuk. Dan merajuk aku bukan calang-calang. Tidak bertegur sapa selama beratus-ratis hari, berpuluh-puluh bulan itu sudah menjadi kebiasaan. Lebih lama terasa lebih bangga. Ego bodoh yang membawa ke neraka. Harap-harap kalau berumah tangga, dapatlah ubah perangai ni.

“Tidak halal bagi seseorang apabila ia memutuskan hubungan dengan saudaranya sesama muslim melebihi tiga hari, keduanya saling bertemu namun saling mengacuhkan satu sama lain dan yang terbaik dari keduanya adalah yang memulai menegur dengan mengucapkan Salam.” (Hadits Riwayat AI  Bukhari, no. 5727  dan Muslim, no. 2560) 

Di akhir-akhir ini, aku semakin menjadi introvert. Sedangkan aku hakikatnya orang yang sangat hyperactive dan gemar bermain kata. Entah kenapa sejak mula bekerja, aku berhenti berkawan, berhenti bersembang, gemar duduk di rumah seorang diri. Mengorat perempuan memang sudah tiada dalam kamus diri. Maka berumah tangga itu jauh sekali.

Sufi.

Ketika berkampung di Crystal Crown, Petaling Jaya untuk semakan kertas PSPM, perangai "Sufi" aku itu semakin menjadi-menjadi. Walaupun ramai sungguh rakan-rakan perempuan satu batch yang turut hadir sekali, satu pun aku tidak berani untuk tegur. Malah, dengan wawa pun aku segan gila. Lalu, si Lili yang gila-gila pun menerjah.

"Amboi Izuan, sombong ye hang. Tak tegur aku lansung!!.."

"malas lah lili, tak tahu nak cakap apa dengan hang. Aku ni pun dah macam menjarakkan diri dengan manusia.."

"await dengan hang ni. Nak jadi tabligh? Nak jadi ahli sufi ke..."

Sepanjang berada di situ, memang tiga tempat sahaja aku berkunjung. Dewan utama tempat menyemak, tempat makan dan paling banyaknya di bilik sahaja. Mengelak-mengelak bertegur sapa dengan manusia. Telinga yang semakin teruk ini, semakin memalukan diri. Hingga kak saadah(KKP) yang bertanya beberapa kali pun menggeleng-geleng kepala tatkala sapaannya tidak bersambut. Penyelesaiannya, sumbat earphone kat lubang telinga. Settle.


Bersama si Ain dan Sufi. Jarang ada budak nama Sufi ni. InshaAllah akan memulakan proses memboikot mereka dan kawan-kawan dalam masa terdekat ni. Tapi bukan boikot sebab merajuk, sekadar latihan. Bukan senang nak jumpa orang2 pelik macam aku ni. Puuihh.

Hari ni hari Guru. Macam biasa juga, memang tidak akan disambut sebab mesti jatuh time cuti. Tapi bagus gak, kalau tidak banyak cawan kat rumah. Haha.

Dapat mesej dari bekas pelajar perempuan je ni. Laki mana weyh.




Selamat hari Guru buat semua yang sedang melahirkan generasi Syurga.

Sekian dari Syuib0809.

No comments:

Post a Comment