Thursday 28 April 2016

Sibukk akhir 15/16

Bismillah.

Dua minggu yang sangat-sangat menyibukkan.

Aku dilantik menjadi Ketua Pengawas utk pusat 13F. Walaupun "pangkat"nya kelihatan besar, hakikatnya ketua inilah yang paling dikulikan berbanding pengawas-pengawas lain. Dulu, ramai orang berebut nak jawatan ni sebab dapat duit. Sekarang, siapa yang mengambilnya barangkali kerana terpaksa atau ikhlas mahu memudahkan urusan orang lain.

Cuma menarik duduk di "pusat", aku dipaksa mendengar sembang-sembang orang yang lebih bergaram. Ada yang sembang pollitik, ada yang keje pekena orang, ada yang tak habis-habis cerita pasal duit, ada keje dengki je dengan orang, dan paling tak boleh belah, ramai duk cerita benda-benda 18SX. Aku dah macam, "hangpa ni bukan pensyarah ke?". Cuma, terubat sedikit telinga bila encik suhaimi duduk kongsi kisah-kisah Sahabat. Dapat la gak dengar ceramah percuma.

Dan sebagai satu-satunya orang bujang di dalam bilik tersebut, aku diberi seribu satu nasihat tentang mencari calon isteri oleh-oleh mereka yang cukup berpengalaman.

Aktiviti weekend, aku memaksa ahli-ahli ANC mengumpul buku-buku rujukan yang bakal dibuang. Mencari dana untuk surau yang miskin, buku-buku tu perlukan orang yang benar-benar komited untuk mengutipnya. Pusingan pertama yang agak kurang memberangsangkan aku meminta muslimat bergerak dari pintu ke pintu. Mereka yang berkeras mahu mengutipnya ketika hari terakhir exam, aku sahaja yang mampu berimaginasi yang mereka pasti gagal.

Dan akibatnya, aku berseorang memusing blok perempuan untuk mengangkat buku, dalam kedinginan hujan renyai-renyai di malam terakhir tersebut. Jam 10.30 malam, barulah lokman, abu, azrul dan Nafis membantu di bilik felo. Projek yang menarik, bilamana segala keringat yang aku dan mereka curahkan bukanlah untuk kegunaan kami, tetapi untuk manfaat generasi akan datang yang mungkin tak kenal pun siapa "kami". Ia menguji ikhlas orang-orang yang terdahulu. Mudah-mudahan yan terkemudian mengikutinya.

Alhamdulillah congak-congak kasar lebih 600 buah buku rujukan berjaya dikutip.
Mudah-mudahan kutipan dana dari jualan tersebut berjaya... Doakan.

Habis sahaja budak-budak ni keluar. Aku disibukkan pula dengan menyemak kertas. Aku dapat kertas 1. Mengarutnya kertas 1 ni ialah dia pun skema punyalah banyak. Sebab student-student punya idea sangatlah kreatif dan berinovasi. Akibatnya, skema terpaksa diselaraskan dengan idea-idea tersebut. Aku dapat 120 skrip. Dan aku dah rasa macam nak muntah tengok kertas-kertas ni. Tapi untuk pengalaman, best gak marking ni..

Hari selasa tu jugak, keputusan untuk permohonan pertukaran tempat untuk pensyarah keluaq. Menyaksikan rombakan yang sangat "ganas" di bahagian matrikulasi. Unit Matematik je 4 orang(x silap aku) yang berjaya dipindahkan. Dan antara yang berjaya ialah Wawa. Nampak gayanya memang mencabarlah hidup aku sesi depan. Dah takde orang nak ingatkan aku macam-macam bende. Selamatlah tinggal semua.

Akhir-akhir ni aku terperasan blog ni seolah-olah menerima pengunjung baru. Dan aku rasa mereka adalah student-student aku dari kelas H2. Kalo betul komenlah sikit. Kalo hangpa boring tak tau nak baca apa, boleh search "studentku si pemalu" kat ruangan atas. Cuma panjang sikitlah na. 

Itu sahaja nak merepek...

Sekian.

8 comments:

  1. Hai cikgu. Sorry cikgu saya gelak baca blog cikgu hehe

    ReplyDelete
  2. Sile perkenalkan diri. Smpai dua kali commentnya. Semangat sangat ni

    ReplyDelete
  3. H2 P berapekah adik adik ni? hahahahahahh . saye pon H2 cikgu. H2P12 �� . tahniah cikgu. ade pengunjung baru ��

    ReplyDelete
  4. adik adik diharap jangan baca studentku si pemalu. nescaya meluat. hahahahahahahh

    ReplyDelete
  5. Diorang p13/14. Banyaklah kamu punya meluat. Padahal nangis kan? Hehe.

    ReplyDelete
  6. knp ckgu yakin sgt yg visit blog cikgu ni h2?

    ReplyDelete