Tuesday 28 April 2015

Pensyarah Gatal.. Bahagian Akhir

Bismillah

"Sah!!... Sah!!!"..

Majlis kecil-kecilan itu disempurnakan dengan bacaan doa oleh Tok Kadi. Hanya ahli keluarga perempuan yang menyaksikan hari bersejarah kami berdua. Perkahwinan yang berasas dengan niat suci, namun terpaksa dirahsiakan atas permintaan bondanya. Anak yang yatim muda itu aku nikahi, bukan semata-mata kerana cinta. Tetapi agar dirinya dilindungi di bawah seorang mahram yang halal buatnya. Gadis pemalu itu selamat menjadi bidadariku, namun kami perlu berjauhan buat seketika. Aku sudah berjanji, perkahwinan itu tidak boleh mengganggu pelajarannya.

"belajar elok-elok ye.. kalau ada orang kacau, tunjuk je gambar saya"

"InsyaAllah cikgu. Eh..eh... abang" tangannya kulepaskan.

Setiap bulan, MyVi merahku meronta-meronta mahu ke pusat pengajiannya. Tidak bertemu seminggu sudah cukup menyeksakan diri. Hanya Whatsapp sahaja yang kadangkala mengubat kerinduan hati. Ada kalanya, dia "curi-curi" bertandang ke rumah. Kasutnya kusembunyikan dalam rumah agar jiran-jiran tidak mengesayaki apa-apa. Makanan yang sudah ku masak dari petang tadi, dihidangkan oleh gadis yang dulunya selalu "lari" dariku. Suami "pandai" masaklah katakan. Selesai solat maghrib bersama, aku titipkan pesanan buat ingatan kami berdua:

"Indahnya hidup suami isteri bila masing-masing berazam untuk memberi, lalu kerdil dalam mengharapkan sesuatu dari pasangannya. Cinta dan sayang pemberian hebat dari Allah, maka berdoalah kepadaNya. Mudah-mudahan kasih sayang ini tidak diambilNya semula, atau dipindahkan kepada insan lain yang tidak layak menerimanya..... saranghae " kedua-dua hujung tangan kutemukan di atas kepala agar terserlah bentuk hati.

Dia hanya tersenyum. Mungkin dalam hatinya berkata "sweet jugak cikgu ni.."


Sudah dua tahun kami diijabkabulkan. Namun bagi orang lain, aku masih dilihat sebagai seorang bujang terlajak.

Kerapkali akak-akak ofis menerjah "Hah Izuan, bila la nak kahwinnya? Kalau nak, akak boleh kenalkan dengan sorang ni. Manalah tau kot2 berkenan.."

"eh.. eh, takpela kak. Terima kasih"

"Ana ada kenal sorang muslimat ni syeikh. Kalau enta berminat nanti ana tunjukkan borang BMnya.." pelawa salah seorang naqib aku ketika di UK dulu.

"Maaf bang, ana belum berniat nak cari 'lagi'..." mana mungkin aku berniat menduakannya.

Hadir ke kenduri walimah rakan-rakan satu sekolah, soalan-soalan panas masih belum mampu untuk aku elak. "Tulah Bain, anti lagi perempuan kat sekolah dulu.. kan dah susah nak cari calon.."

"Sopek yang punya ganas tu pun dah kahwin, ko ni bila plak?..." hanya senyuman yang mampu aku hulurkan.

Kadang-kadang terlepas juga dari mulut, "Karang aku cakap aku dah kawen, korang terkejut beruk plak"

Bukan mudah mahu merahsiakan sebuah perkahwinan. Teringat drama Cinderella(1998) lakonan Ahmad Idham, Rab ne Bana di Jodi, Sebenarnya Saya Isteri Dia dan Asam Pedas Untuk Dia. Tidak sangka akhirnya aku sendiri perlu melaluinya. Cuma kali ni, kisahnya antara pensyarah dan bekas pelajarnya. Apelah agaknya tajuk drama aku ni. Suamiku Suka Matematik? atau Playboy itu Pensyarahku!!... Tak pun Si Pemalu itu Isteri Cikgu? Erk.. Abaikan, janji hidup aku bahagia.

Habis tempoh 3 tahun, maka kami tidak perlu berahsia lagi. Namun masalah baru pula muncul. Akal ligat berfikir "Macamna lah nak bagitahu mak ni?..". Pada hari graduasi isteriku, mak ikut sekali. Sahaja aku bawa, gurau-gurau dengan mak "Wan nak bawak mak jumpa menantu mak ni.."..

Sebaik habis sahaja majlis konvokesyen, si tudung labuh yang masih suci zahir dan batinnya mencium tangan mak. Wajah yang sentiasa menyinari hatiku, mampukah memikat hati ibu mertuanya. "Mak dah makan?" tanya bekas pelajarku yang pemalu itu. Mak hanya tersenyum kehairanan. Rahsia yang tersimpan selama tiga tahun, perlu dibongkarkan hari ini juga.

"ni isteri wan mak..."

"mak?"

Tiba-tiba...


Allahu Akhbar... AllahuAkhbar!!!

Aku terjaga dari tidur.. "la, mimpi rupanya.. Astaghfirullah al adzim... ni Husna punya pasal la ni. Nak kena budak ni..". Aku bingkas bangun. Masuk ke tandas yang sudah pun tersedia dalam bilik. Membersihkan diri, berwuduk dan menuju ke surau kolej untuk solat subuh.

MyVi merah selamat parking di sisi surau, di bawah pohon yang masih bersisa bunganya. Dari cermin pandang belakang, kelihatan gadis berjubah hitam menuju ke surau. Gadis pemalu itu memang istiqamah subuh berjemaahnya. Malunya menyebabkan tidak ramai pelajar lelaki yang mengenalinya. Cair sungguh hati pensyarahnya ni melihat.. Haha. Cikgu Gatal!!!!

...............................................

Tiba-tiba rasa berbakat plak aku ni menulis. Haha. Nasib baik budak-budak ni semua dah habis belajar, selamat aku. Aku ni plak tak habis-habis gelak sepanjang menulis. Menarik gak menulis benda-benda mengarut macam ni.

Berikut watak-watak yang terlibat sepanjang 3 post ni...

 Pembuat nota-nota ringkas matematik aku. Memang cantik dia ni buat, tapi dia sendiri tak faham nota yang dia buat. Aduih..Tengok gambaq dah tau, memang perangai budak-budak lagi.

 Tiga gadis bertudung yang mai ofis aku isnin lepas. Amoi-amoi tak datang. Ada sorang lagi bernama Salwa. Husna yang tengah bertudung hitam.

Sopekman.. Aku tak faham citarasa pakaian dia. Iron man pakai kain pelekat?


Budak pemalu tu takde gambarnya. Nama pun pemalu.

Tiba-tiba aku rasa aku tengah cari pasal dengan menulis benda ni. Kalau budak tu baca naya je aku. Tapi kalau bacaannya mendatangkan hasil positif, apa salahnya... Widad boleh tolong ke? Haha.
Pensyarah Gatal!!

" Mata yang beku, yang tidak mampu menangis adalah kerana hati yang keras, dan hati yang keras disebabkan oleh tompok-tompok dosa yang telah dilakukan. Banyaknya dosa yang dibuat oleh seseorang adalah kerana orang tersebut lupa mati, sedangkan lupa mati kerana panjangnya angan-angan. Panjang angan-angan muncul kerana terlalu cinta pada dunia. Dan terlalu mencintai dunia adalah pangkal segala perbuatan dosa. "  (HR al-Hakim: 4/260)


Panjang benar angan-anganmu.

Sekian dari Syuib0809.




10 comments:

  1. Sudah lama berangan-angan dan as a reader, barangkali sudah lama juga "bermain" dengan masa hadapan. Semoga mampu bangkit membawa angan-angan menjadi realiti. Opps gadis baru, barangkali pembuka cinta hati baru. Erk..

    ReplyDelete
  2. Nak reply comment, tapi "anonymous". So memang tak kenal la. Bacaan2 di sini rangkanya besar, isinya sedikit, matlamatnya besar. Cermin mata reader yg pelbagai, menentukan apa yg kalian dapat. Jzkk sudi baca.

    ReplyDelete
  3. Sudah boleh dijgka siapa "gadis pemalu" tersebut.sifat pemalunya sudah sebati dlm diri.susuk tubuh yg benar2 aku sygngi sjak di bgku skolah lgi.Moga Allah tsabatkn dia di jlnNya dan moga cikgu dipermudahkn sglanya.Allahumma Ameen.

    ReplyDelete
  4. pehhh!saye kenal siapaa!! *kening double jerk* kalau widad takleh tolong,saye boleh.HAHAHAHAHAH.cikgu bgtau je xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...mcm knal anonymous atas ni...cikgu ingat betul cita atas tu...hmpir percaya...

      Delete
  5. Mak aih.. Semua bajet kenal.. Pandai-pandailah hangpa.

    ReplyDelete
  6. Hahahha cikgu ni err poyo lah

    ReplyDelete
  7. Nur Husna bt Yazid1 May 2015 at 15:03

    Ckgu yang penting usaha betul tak? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ni pehal sembang macam kat whatsapp je ni.

      Delete