Saturday 25 April 2015

Pensyarah Gatal.. Bahagian 2

Bismillah..

Menyambung kisah..

Mengajar pelajar yang mencecah jumlah 180 orang, tidak mengejutkan untuk aku beritahu yang 140 orang daripadanya ialah perempuan. Ada seorang daripadanya yang cukup menarik perhatian. Mempunyai perwatakan yang sangat-sangat pemalu, maka beliau menjadi "mangsa" pertama "kegatalan" aku. Erkk... Mahu memecahkan tembok malunya, tapi terlampau dahsyat. Sampaikan bila aku pergi ke meja dia, akan diangkat sedikit tubung labuhnya sebagai "niqab" untuk menutupi wajahnya. Hebat!! Hanya sekali je datang pejabat untuk bertanya soalan, itupun bertanya sambil menoleh ke belakang. Tak pernah aku jumpa gadis yang pemalu sampai macam ni sekali. Bagi seorang guru, aku melihat malu seperti itu membawa sedikit masalah.

وَقَالَ مُجَاهِدٌ لَا يَتَعَلَّمُ الْعِلْمَ مُسْتَحْيٍ وَلَا مُسْتَكْبِرٌ وَقَالَتْ عَائِشَةُ نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ الْأَنْصَارِ لَمْ يَمْنَعْهُنَّ الْحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِي الدِّينِ
Mujahid(tabien) berkata: tidak akan dapat menuntut ilmu orang yang pemalu dan orang yang sombong. Aisyah berkata: sebaik-baik perempun adalah perempuan Ansar. Perasan malu tidak menghalang mereka untuk mendalami (ilmu) agama
Habis semester pertama, hubungan dengan kelas tu masih "ada" sebab memang dah pesan kat semua student.. "Kamu ada apa-apa masalah, teruih je panggil saya, toksah malu-malu".. Dan mereka-mereka ni bila sembang macam biasalah soalannya. "Cikgu ni bila nak kahwin?".. "Cikgu nak kahwin nanti jemput kami ye..".  Dan aku yang sudah sentiasa ada jawapan untuk mematikan soalan tambahan membalas "saya tunggu budak kelas kamu(gadis pemalu) tu abih belajo je".. "Jangan risaulah, mesti jemput punya.. pengantinnya budak kelas kamu kot..." Haha. Akibatnya si pemalu tadi jadi bertambah-tambah malu sebab kawan-kawan dia duk cerita balik kat dia. Sampaikan terserempak dengan cikgu dia sendiri ni pun, boleh duk lari ikut jalan lain. Dahsyat. Satu-satunya student yang masih aku tak berjaya membuang segannya. Sampai aku pun ter"goda"dengan sifat malunya. Memang benar lirik si OneDirection ni:


Benih Pemikiran.

Menanam sistem-sistem nilai dalam minda pelajar sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Mindset2 gadis remaja yang merasakan mereka perlu berhias dengan shawl2, lilit-lilit tudung, perlu peramah dengan berlainan jantina sebagai prasyarat mudah beroleh "pasangan", maka ia semakin diterima dengan keterbukaan media sosial. Logik yang mudah difikirkan akal, sukar menerima bagaimana sifat pemalu, mampu membuahkan hasil. Akibatnya, kehidupan di Universiti dihabiskan dengan mengikis sedikit demi sedikit sifat malu tersebut. Membuang masa memikirkan pasangan kerana sukarnya mempercayai bagaimana mencintai Allah, mampu mengundang cinta manusia. Sedangkan Allah sudah beritahu, yang baik hanya untuk yang baik-baik.

Penutup yang berjaya aku selitkan dalam pertemuan terakhir dengan beberapa orang pelajar kelas tu. Mereka sebenarnya bertandang ke ofis untuk bertanya soalan isnin lalu.. Ke"ghairah"an mereka mehu merancakkan gosip, menyebabkan aku berusaha meredakannya. Soalan lawak si Husna tanya "Apa yang menyebabkan cikgu rasa She is the one'?...". Aduhai, seronok plak layan budak-budak ni. Haha. Justifikasi tindakan yang memerlukan penghinaan kepada diri, supaya anak-anak pelajar sedar bahawa orang yang "jaga" Allah, maka Allah pasti menjaganya.. Ke"gatal"an itu mahu memberitahu bahawasanya orang-orang yang menjaga diri sehebat itu, pasti sentiasa ada hambaNya yang berhajat kepadanya dengan cinta yang pasti juga HEBAT. Menutup perbualan dengan kata-kata dari buku baru ustaz Pahrol:

"Kamu tak yah takut la, Allah akan hantarkan(jodohkan) orang yang duk cinta padaNya kepada orang yang juga sangat mencintai-Nya.."

Percayalah anak-anak sekalian.
Mempercayai janji Tuhan
Memaparkan seribu satu keajaiban
Nikmat kepada mereka yang bermujahadah

Catatan memperingati seorang gadis luar biasa yang muncul satu dalam seribu. Semoga terus istiqamah ye..

Bersambung ke bahagian 3 nanti. Bahagian akhir yang menjadi sebab mengapa aku menulis benda-benda "mengarut" ni..

Gatal beno nampaknya ni..



Sekian dari Syuib0809.

No comments:

Post a Comment